Thursday, April 9, 2009
BERSAUNA KAT RUMAH
Saya telah membeli satu set 'Home Sauna' pada bulan puasa Sep 2008 untuk kegunaan saya sekeluarga. Harganya RM460 beserta penghantaran. Alat ini sangat sesuai bagi mereka yang kurang mengeluarkan peluh seperti saya. Saya target menggunakannya sekurang-kurangnya seminggu 1X. Masa pennggunaan digalakkan selama 20 minit tetapi bagi saya setakat ini selepas 15 minit saya dah keluar tak tahan kepanasan dan peluk yang sudah 'berjeruk'.
Alat ini saya 'listing' kat eBay. Sejak Sep 2008 hingga ke hari ini 9hb April 2009, saya dah jual 3 unit melalui ebay. Penghantaran dilakukan oleh 'dropshipper'.
KEHEBATAN MANDI WAP DI RUMAH
Kini anda boleh bersantai sambil bersauna di rumah kerana Diva-Relax Steam Sauna mempunyai rekabentuk yang unik, harga yang berpatutan, mudah dipasang, adalah pilihan yang tepat untuk anda. Anda mampu lakukan mandi wap, bertangas (untuk ibu lepas bersalin), membuang toksik dalam badan, membakar lemak, melancarkan peredaran darah mengurangkan berat badan hanya dari rumah sambil menonton TV atau membaca surat khabar atau majalah.
Adakah Anda Prihatin Tentang Berat Badan & Kesihatan Diri
Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Sudah terbukti bersauna mampu membakar lebih kalori berbanding aktiviti bersukan yang lain ..... dan dalam tempoh yang lebih singkat. Biarkan wap panas melaksanakan segala kerja untuk anda dan anda hanya relax atau membaca atau menonton TV di di dalam keselesaan rumah anda, terhindar dari hiruk pekok kesibukan kenderaan dan udara yang tercemar.
Anda sibuk setiap hari?
Tiada Masa nak berjogging?
Nak pergi pusat kecantikan?
Tak kurus walaupun dah beribu habis?
Apa jua alasan, anda tidak perlu fikirkan lagi untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat & menarik!!
Kelebihan Mandi Wap (Bersauna)
1-Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.
2-Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan.
3-Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.
4-Mengecutkan perut, rahim, paha dan menguatkan angota dalaman wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment