Thursday, December 1, 2011
KEDAI 1 MALAYSIA
Saya melawat kedai 1M buat di Kelana Jaya buat pertama kalinya pada 27/Nov lepas. Sebenarnya saya ke Amcop Mall terlebih dahulu, dari situ (Taman Jaya) saya menaiki keretapi RapidKL ke stesen Kelana Jaya. Saya membeli beberapa produk berjenama 1M seperti roti, sardin, air mineral, kari ayam, sambal ikan bilis dan susu pekat manis yang mana harganya lebih murah dari jenama lain. Barangan di dalam kedai 1M merangkumi barangan berjenama 1M dan barangan biasa lain. Saya rasa masih tidak banyak yang berjenama 1M dan mungkin akan dipertingkatkan dari masa semasa. Saya harap kedai 1M akan diperbanyakkan lagi dari semasa. Seterusnya saya ingin melawat klinik 1M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment