Lawatan ke rumah lama di Ketereh pada 16 Ogos 2012. Rumah lama di Ketereh ni dibina kalau tak silap pada tahun 1975 atau 1976 semasa aku darjah 1 atau 2. Dulu semasa aku berkahwin (1992), kenduri diadakan dirumah ini. Sekarang ibu aku tidak lagi tinggal di sini kerana sudah lama tinggal di Bukit Merbau sejak sebelum ayah meninggal dunia. Rasanya bahagian belakang rumah ini telah disewakan. Di depan rumah ini ada sebuah rumah kedai kecil yang telah dijadiakan kedai jahit pakaian. Ada lagi beberapa buah rumah di belakang atau di kiri rumah ini yang dimiliki/diduduki oleh abang aku, bapa sauadara, sepupu, dan juga bekas rumah lama arwah nenek yang telah disewakan
No comments:
Post a Comment