Hari ini adalah hari pertama bermulanya saya sewa kedai di Saujana Puchong (SP2). Nampaknya penyewa lama masih belum habis clear barang-barang. Kedai ni agak elok dengan lantai mozek dan siling yang dah dirennovate, cuma kena cuci dulu. Jiran pun agak peramah, jiran sebelah kiri adalah pembekal ikan peliharaan dan hujungnya kedai kopi Cina, keduanya dah menegur saya.
asalnya kedai runcit India
lantai dah elok mozek
ada bilik kecil kat depan, boleh sublet? atau jadikan ofis?
ada tandas extra yang agak besar
ofis sediada
meja buruk dalam ofis
almari lama dekat tandas belakang
pelbagai barangan ditinggal kat belakang
ada bangkai tikus
No comments:
Post a Comment