Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat menyambut tahun baru 2013.

Saya daripada hajat saya di tahun baru ini adalah untuk menulis satu cerita setiap kali. Dah lama hajat saya nak menulis dipendamkan. Mulai tahun 2013 saya mesti menulis.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, bila bangun pagi tadi terasa ada kekuatan untuk keluar berjalan kaki di sekeliling taman perumahan. Hampir sejam juga berjalan. Rasanya kali terakhir saya berjalan adalah 5 bulan dulu (sebelum bulan puasa), patutpun dah rasa kurang 'fit'. Insyallah azam di tahun baru ini saya ingin berjalan atau berlari anak di waktu pagi sekurang kurangnya 4 kali seminggu. Saya berhajat untuk lebih sihat di tahun baru ini. Biasanya jika lama tak bersenam saya akan merasa pening-pening di waktu pagi dan ada masanya terbawa hingga ke tengahari. Bagi saya memang tidak memadai jika berpeluh secara tidak sengaja, maksud saya berpeluh ketika menaiki tangga pejabat, berjalan kaki dari parkir ke kantin dsb adalah tidak memadai, saya perlukan senaman secara 'paksaan' seperti berjalan kaki di waktu pagi, bersenam di gimnasium dsb.

Semasa berjalan pagi tadi terjumpa dengan seorang Pak Aji, dulu saya selalu nampak dia berjalan di waktu pagi. Dia nampak begitu sihat walaupun umurnya sudah 73 tahun. Dia menasihati saya agar berjalan dengan lebih laju sedikit dan setiap langkah katanya hendaklah sebaiknya diikuti dengan zikir di dalam hati (seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar). Pak Aji mendapat tip tersebut dari seorang lagi tuan haji beberapa tahun lepas yang lebih tua 10 tahun darinya  tapi nampak macam lebih sepuluh tahun lebih muda.  Tuan Haji tersebut memberitahu Pak Aji bahawa zikir tu tidak semestinya di atas tikar sejadah sahaja tetapi boleh dilakukan bila-bila masa seperti semasa memandu (nampaknya kena slow volume radio atau tutup aja radio), berjalan, bekerja dsb.

Pak Aji juga sempat bercerita mengenai pengalamannya berjumpa seorang kaya beberapa tahun lepas. Pak Aji dijemput oleh jirannya seorang kontraktor pendawaian ke sebuah rumah di bandar lain sebagai teman dan penunjuk jalan. Sampai di rumah tersebut, kelihatan tuan rumah duduk di atas kerusi, Pak Aji memberi salam tetapi tiada jawapan.  Pak Aji cuba menarik perhatian tuan rumah dengan memuji keindahan rumah banglo tersebut dengan lanskap yang menarik namun masih tiada respon dari tuan rumah. Akhirnya Pak Aji memandang muka tuan rumah dan terpancul soalan bertanyakan adalah tuan rumah tidak sihat. Barulah tuan rumah mula bercakap dan mengakui dia tidak berapa sihat. Dia pula bertanya berapa umur Pak Aji. Tuan rumah terkejut setelah Pak Aji memberitahu umurnya melebihi 70 tahun kerana dia mengandaikan Pak Aji lebih muda. Dia juga menanyakan rahsia Pak Aji kelihatan lebih muda. Jawapan Pak Aji adalah sentiasa berzikir di mana sahaja kita berada. Tuan rumah yang awalnya kelihatan seperti ego telah bertukar menjadi seorang yang cuba mengorek lagi pengalaman Pak Aji. Begitulah ringkasan cerita yang mengandungi unsur keagamaan termasuk kesihatan, komunikasi dsb.

Semasa berjalan pulang ke rumah setelah selesai bercakap dengan Pak Aji, saya berkenalan pula dengan pengawal keselamatan baru di kawasan perumahan saya (namanya Saiful). Nanti saya akan cuba korek pula cerita dia seperti pengalaman menarik semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan. Dalam masa bulan Jan dan Feb'13 ini rumah buku saya akan berpindah ke kedai buku, saya dah bertanyakan Saiful untuk membantu saya mengumpul kawan-kawannya untuk mengangkat almari besi yang berat tu.

935am 1/1/13

Friday, November 30, 2012

British army discharge certifate

TENTERA BRITISH SIJIL BERHENTI (MALAYAN)


Bahan bersejarah

Serial # 34741

Discharged on Mar 1969

Keadaan baik

6 mukasurat

RM50 termasuk pos express   Saya iklankan di www.mudah.my/ahalimismail   sudah ditarik balik jualan kerana telah diberikan kepada peminat buku buku tentera.  

Sunday, November 4, 2012

POS MINI UNTUK DIJUAL

Saya pernah meminati perniagaan ini. Saya jumpa iklan ini di www.mudah.my pada 4/Nov/12, saya abadikan untuk rujukan saya.


Price: RM 25 000

Lokasi: Tongad, Sabah


Perniaagaan Pos Mini dan Penyewaan 200 buah Peti Surat untuk diambilalih Pejabat dilengkapi:

1 unit Vsat untuk talian internet &

talian telefon,1 unit aircond,cctv ,

+ 2 bilik kosong untuk tempat tinggal / pejabat

Perniaagaan tambahan yang sesuai Khidmat menaip surat isi dan jual borang,Photostate,cuci gambar,faks



Monday, October 15, 2012

BISNES HARD COVER BINDING UNTUK DI AMBILALIH

(Saya suka iklan ini dan bisnes ini, jadi saya abadikan kat blog saya untuk rujukan)


Salam Satu Malaysia saya ada satu bisnes untuk di ambil alih iaitu "Hard Cover Binding ".Saya hendak jual kerana ada bisnes baru.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya.


Peralatan menjilid buku adalah:

Mesin menjilid

Press Machine

Heavy Duty Cutter

Manual Cutter

Gondola Rack

Meja

Raw Material dan sebagainya.

Pelanggan sediada:


UITM

Politeknik

AUCM

Arkitek Consultant

Kolej Komuniti

Open Universiti

Security Tender

Orang perseorangan

dan lain - lain lagi

Yang berminat sahaja yang akan dilayan

Harga boleh dibawa runding sampai jadi

Berminat sila hubungi 019-5277371 ( 24 jam )

RM80,000  

Tuesday, September 18, 2012

ALMARI DAN RAK BUKU TERPAKAI

Rak dan almari buku dari kedai buku yang telah tamat operasi











AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA PUCHONG SP10

Persatuan Penduduk Saujana Puchong SP10 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2012 pada hari Isnin 17/09/12, 10 pagi ke 1 tengahari bertempat di Tapak Padang di Jalan SP10/13 (depan pintu masuk Hutan Ayer Hitam UPM). Selain jamuan termasuk Potluck, pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, pertunjukan istimewa MAGIC Show dan inflatable castle. Sambutan dari ahli persatuan agak menggalakkan. Saya sekeluarga berkesempatan menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurnya, walaupun saya taklah aktif sangat, cuma aktif membayar yuran keselamatan.

Di antara gambar yang sempat saya rakamkan:

                                 Kek SP10 yang menarik perhatian saya. Rasa nak makan tapi tiada orang yang mula dulu

Inflatable Castle, anak saya Hakimi tak mahu main, katanya dah besar, padahal baru 8 tahun

Maskot bersampin menarik perhatian kanak kanak dan dewasa

Pertunjukan silap mata, acara 'memotong tangan'

Makan sambil menonton pertunjukan silap mata

Isteri dan anak sedang memilih juadah. Rasa terkilan pula hari tu lupa nak sentuh lemang

Tuesday, September 4, 2012

RAK CD DAN RAK PELBAGAI GUNA

Kedua dua rak ini telah terjual melalui www.mudah.my/majalahbuku dengan harga RM90 pada 3/Sep/2012


Price : RM 50

Have more than 45 slots. Great for keeping CD, VCD, DVD.
Very strong, tough
self collection at Saujana Puchong or COD Puchong/Shah Alam








Price: RM50
Suitable for keeping CD, VCD, DVD, books etc
Quite heavy material and the base is made of stone
self collect at Saujana Puchong or COD Puchong/Shah Alam area