Saturday, October 18, 2008

KELAS MBA : UUM KAMPUS KL

Hari ini saya daftar kelas MBA (semestar akhir dari Okt'08 ke Feb'09)
1. Corporate Finance
2. International Business

Semestar lepas (Jun'08 ke Sep'08) saya 'cuti' kerana 'clashed' dengan tugasan pejabat dan juga kursus-kursus persendirian lain.

Subjek-subjek berikut telah diambil sejak Oct'06:
1. Enterpreneur Development
2. Strategic Management
3. Economics For Manager
4. Decision Analysis
5. Accounting for Managers
6. Human Resource Management
7. Marketing
8. Communication For Managers
9. IT for Managers
10. Operation Management
11. Organizational Behaviour
12. Legal & Ethics

Sunday, October 12, 2008

HOBI MENGUMPUL PEMBALUT HADIAH

Satu daripada hobi saya ialah mengumpul kertas pembalut hadiah yang unik. Ianya mungkin berbunyi pelik. Saya tidak berapa ingat bagaimana saya mulakan hobi ini tapi saya dah mula mengumpul sejak awal tahun 90'an. Biasanya kalau kami berkunjung ke pasaraya atau pusat membeli belah saya akan tengok kertas pembalut hadiah. Di antara koleksi yang agak menarik:

i) Mancis
ii) Biskut
iii) Donut
iv) Duit kertas dunia
v) Setem dunia
vi) Tin minuman yang dikemekkan
vii) Buku
viii) Poskad
dan lain-lain.

Sebahagiannya telah digunakan oleh anak perempuan saya untuk membalut hadiah. Biasanya kertas pembalut hadiah yang unik harganya mahal sedikit dari kertas pembalut hadiah yang biasa. Kertas pembalut hadiah akan dilipatkan dan dimasukkan ke dalam fail.

Saturday, October 11, 2008

PENTERNAKAN KAMBING BIRI-BIRI


Mertua saya memelihara kambing di belakang rumahnya di Kelantan (2 kandang). Biasanya setiap petang, kambing-kambing akan dibawa keluar dari kandang untuk 'bersiar-siar'. Saya dapat merasakan kambing-kambing akan gelisah jika tidak dapat keluar kandang. Tahi kambing juga dikumpul untuk dijadikan baja (ada pembeli atau peminat). Bulu kambing juga diketam bila panjang.

CAT RUMAH DIY

Alhamdulillah kami sekeluarga mengecat rumah (ruangan tamu) pada hari Sabtu 10/Okt/08. Idea ini datang dari isteri saya memandangkan projek untuk 'rennovate' rumah sudah lama tertangguh. Kami memilih cat berwarna hijau muda dan kuning muda yang mudah untuk dicuci apabila diconteng. Dinding ruangan tamu rumah kami sememangnya adalah seumpama buku besar untuk anak saya yang paling kecil meluahkan perasaan atau bakatnya. Lihat gambar, anak yang kecil juga membantu (sebenarnya mengacau abang/kakaknya). Saya juga mengambil peluang mengecat balik sebahagian 'grill' besi.

Friday, October 10, 2008

DIGITAL HAJI & UMRAH

Digital Haji & Umrah

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara/Saudari yang dikasihi,

Masalah terlupa atau sukar untuk menghafal niat/doa/zikir pada setiap rukun-rukun haji & umrah sentiasa menghantui para jamaah. Walaupun para jamaah telah menghadiri beberapa siri kursus/kelas pengajian haji & umrah, masalah ini tetap menghantui mereka.

Umumnya kita mengetahui yang menjadi kewajipan atau rukun haji/umrah ini adalah niat dan perbuatan-perbuatannya. Namun doa-doa dan juga zikir-zikir berkenaan adalah pelengkap kepada setiap rukun perbuatan haji/umrah.

Banyak faktor yang menyebabkan jemaah sering terlupa atau tiba-tiba jadi 'kosong (blank)' semasa mengerjakan rukun-rukun haji/umrah. Doa-doa dan zikir-zikir yang sebelum ini dihafal dengan baik sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, tiba-tiba hilang dari ingatan. Dan kita akan mula ragu-ragu samada kerja haji/umrah yang kita lakukan itu telah sempurna atau tidak.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami telah memperkenalkan peralatan yang dinamakan GAJET DIGITAL HAJI & UMRAH.

Gajet ini amat praktikal digunakan oleh para jemaah samada sebelum dan semasa mengerjakan haji/umrah.

Ciri-ciri alat ini adalah:
  • Audio bacaan niat/doa/zikir untuk setiap rukun haji & umrah

  • Kualiti suara bacaan yang jelas dan mudah diikuti samada untuk pembelajaran ataupun penghafalan

  • Bacaan dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Melayu

  • Tombol bergambar mewakili setiap rukun haji/umrah

  • Hanya tekan tombol untuk mendengar bacaan doa/zikir bagi rukun yang dipilih

  • Menggunakan fon telinga dan tali gantungan leher disediakan

  • Saiznya yang kecil & ringan mudah dibawa ke mana-mana (95mm x 60mm x 15mm, 50gm)

  • Menggunakan bateri AAA x 3 biji

  • Amat praktikal. Sesuai untuk semua golongan, kanak-kanak dan dewasa.

  • Jaminan produk 1 tahun
Malaysia RM110.00 (ada disenaraikan di eBay)

Wednesday, October 8, 2008

FAMILY ALBUM

My family album taken on first day raya (1/Oct/08)

PERJALANAN PULANG DARI KB KE PUCHONG

Kami bertolak dari KB pukul 5 pagi 5/Okt/08 (hajat nak bertolak jam 3 pagi tapi keluarga belum sedia). Perjalanan agak lancar dan kami berhenti solat subuh dan isi minyak di Kuala Krai. Jalan mula 'jam' dari Peria, Kuala Krai. Kami tak sempat berhenti di kawasan rehat sebelum Gua Musang kerana terlalu banyak kereta berhenti. Kami melalui jalan alternatif Felda Sg Koyan demi mengelak 'jam' di laluan biasa (kami dapat berita dari yang bertolak lebih awal). Kami berhenti makan di Bentong dan seterusnya mengisi minyak di Petronas Highway Karak. Kami terpaksa beratur panjang untuk isi minyak dan juga bayar tol. Kami sampai di Puchong hampir 5 petang (total 12 jam). Kami mendapat berita orang yang bertolak dari KB selepas subuh ada yang mengambil masa 16 jam.