Wednesday, October 8, 2008

PERJALANAN PULANG DARI KB KE PUCHONG

Kami bertolak dari KB pukul 5 pagi 5/Okt/08 (hajat nak bertolak jam 3 pagi tapi keluarga belum sedia). Perjalanan agak lancar dan kami berhenti solat subuh dan isi minyak di Kuala Krai. Jalan mula 'jam' dari Peria, Kuala Krai. Kami tak sempat berhenti di kawasan rehat sebelum Gua Musang kerana terlalu banyak kereta berhenti. Kami melalui jalan alternatif Felda Sg Koyan demi mengelak 'jam' di laluan biasa (kami dapat berita dari yang bertolak lebih awal). Kami berhenti makan di Bentong dan seterusnya mengisi minyak di Petronas Highway Karak. Kami terpaksa beratur panjang untuk isi minyak dan juga bayar tol. Kami sampai di Puchong hampir 5 petang (total 12 jam). Kami mendapat berita orang yang bertolak dari KB selepas subuh ada yang mengambil masa 16 jam.

No comments: