Wednesday, October 8, 2008

SAMAN PARKING

Isteri saya kena saman kerana tak bayar parking di Puchong Prima pada 15/Sep/08 (Isnin). Ianya merupakan kali pertama isteri saya ke Puchong Prima pada hari bekerja. Biasanya kami cuma ke sana pada hujung minggu jadi tak pernah perasan pasal bayaran parking. Saya mengambil sikap positif terhadap saman ini. Saya bersyukur kepada tuhan di atas 'ujian' ini & tuhan mungkin menguji dengan 'ujian' yang lebih besar jika kita tidak belajar dari 'ujian' kecil. Saman tersebut bernilai RM80 dan saya telah menjelaskannya di MPSJ seminggu kemudian dan mendapat tawaran 50% diskaun. Saya juga berpeluang mengenali MPSJ dan kawasan sekitarnya.

No comments: