Hari raya selama 30 hari. Ramai orang mengadakan rumah terbuka terutamanya pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Hari ini 26/Okt/08 kami sekeluarga melawat beberapa tempat atau rumah.
i) Surau terbuka di SP8 - tak sempat pergi
ii) Kenduri Cikgu Ija (guru tadika Hakimi) kat Jenderam Hilir, Dengkil. Jumpa beberapa orang Saujana Puchong kat sana. Ingatkan sesat tapi Alhamdulillah tidak. Rumahnya traditional tapi menarik.
iii) Rumah terbuka kat rumah adik di Selayang sempena 'menyambut' menantu lelaki. Ada macam2 makanan seperti nasi dagang (kegemaran), nasi himpit, laksa Kelantan dll. Sempat jumpa adik2 yang lain, anak2 Ayah Tar (Mahnu-Azhan, Zana) dan penduduk tempatan. Sempat gunting rambut kat Selayang (tukang gunting 'favourite'). Hari ini juga kali pertama kami gunakan Highway Putrajaya KL.
iii) Rumah terbuka kawan di Saujana Puchong (530pm ke 11pm). Kami datang hampir 9pm. Meriahnya. Saya dah tak larat nak makan lagi - cuma makan sedikit kuih & buah.
Nampaknya besok pagi kena 'senaman' buang kalori.
27/Okt/08
i) Rumah terbuka Azhan-Mahnu di perumahan komplek kakatangan kerajaan, Jalan Duta, KL. Blok C, tingkat 3.
ii) Rumah abg Nor di Selayang.
No comments:
Post a Comment