Tuesday, January 27, 2009

KENANGAN DI FAYETTEVILLE, ARKANSAS


(Graduate Walk di University of Arkansas, Fayetteville, Arkansas, US)


(gambar Old Main)

Nama saya telah diukir pada Graduate Walk. Gambar ini diambil oleh Dr Roslan bekas pelajar UOA (sekarang prof di UKM). Beliau berada di US sejak akhir tahun 2008 dan meletakkan gambar-gambar UOA dan Fayetteville di www.fayetteville2009.blogspot.com. Terima kasih Dr Roslan. Saya belajar di UOA dari Aug'98 hingga Dec'00.

Manakala bangunan Old Main, semasa saya belajar dulu, ianya dipagar kerana di bawah projek renovasi. Saya juga tidak berkesempatan memasuki bangunan tersebut. Sekarang ni mungkin bangunan tersebut telah digunakan semula.

PROJEK RENOVASI RUMAH II


(pandangan belakang rumah pada 11-Jan-09: sedikit 'extension' di bahagian dapur)


(pandangan depan rumah pada 12-Jan-09: tong sampah baru, pagar batu)



(pandangan depan rumah pada 26-Jan-09: struktur untuk porch baru)




Saya telah berurusan dengan 'runner' untuk membuat pelan renovasi rumah dan seterusnya mendapatkan permit dari MPSJ sejak 25-Dis-08. Jumlah harga keseluruhannya ialah RM2000 - termasuk deposit tong sampah IWK (RM500 untuk 2 trip tong yang kecil), upah lukis pelan dan tandatangan arkitek (lebih kurang RM900), bayaran kepada MBSJ, upah runner dan lain-lain. Permit telah diperolehi pada 22-Jan-09 (hampir sebulan juga keseluruhan proses termasuk melukis pelan).
Untuk projek renovasi rumah, telah dimulakan sejak 8-Jan-09 secara kecil-kecilan dahulu memandangkan rumah jiran pun belum siap & permit belum dapat.