Monday, March 5, 2012

PEJABAT POS MINI TAMAN PUCHONG PERMAI



Inilah pejabat pos kegemaran saya, Pejabat Pos Mini, Taman Puchong Permai. Ianya terletak di dalam sebuah kedai buku dan pelbagai. Menariknya ianya dibuka sehingga pukul 845 malam, saya dapati jika pelanggan ramai kaunter masih dibuka walaupun selepas waktu tu. Alangkah bestnya jika pejabat pos biasa pun dibuka sehingga malam. Kebanyakan pelanggan membayar bil-bil utiliti dsb. Saya biasanya menggunakan perkhidmatan pos parcel dan pos laju. Kalau datang lepas kerja hari pertama kerja (Isnin) memang ramai pelanggan (rujuk kepada gambar). Sambil beratur tu bolehlah membelek majalah atau novel, jika ada yang berkenan boleh terus beli.