Friday, August 24, 2012

LAWATAN KE PERIA, KUALA KRAI

Dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Puchong pada 24 Ogos 2012, saya sempat melawat rumah adik saya di Kampung Peria, Kuala Krai, Kelantan. Agak lama tak singgah di sini

Pandangan dari sisi tepi depan rumah

                                
                                    Koleksi kitab agama baru dan lama. Insyallah saya akan   sumbangkan kitab lama saya

Koleksi pelbagai buku sekolah, buku agama dan lain lain


Buah kamunting. Dah lama tak tengok pokok ni. Sempat makan dua biji. Masa kecil buat peluru lastik


Buah labu. Berbuah di atas tanah seperti timun cina. Bawa balik sebiji ke KL


Kandang itik. Bawa balik hampir 20 biji telur itik ke KL


Itik itik berkeliaran di sekitar kandang. Kedapatan parit khas untuk itik berenang

Keladi ini digemari itik.


KAD RAYA 2012

Sempena Hari Raya tahun ni 2012 saya berpeluang mendapat dua keping kad raya betul atau kad raya fizikal. Saya memang dah lama tak hantar kad raya fizikal, kad raya electronik pun saya jarang-jarang hantar. Saya dapat sekeping kad raya dari Pantai Bharu Holdings dan sekeping lagi dari Barisan Nasional Selangor (sempena pilihanraya yang akan datang )


kad raya Pantai Bharu Holdings


                                    kad raya dari BN Selangor

LAWATAN KE RUMAH LAMA DI KETEREH

Lawatan ke rumah lama di Ketereh pada 16 Ogos 2012. Rumah lama di Ketereh ni dibina kalau tak silap pada tahun 1975 atau 1976 semasa aku darjah 1 atau 2. Dulu semasa aku berkahwin (1992), kenduri diadakan dirumah ini. Sekarang ibu aku tidak lagi tinggal di sini kerana sudah lama tinggal di Bukit Merbau sejak sebelum ayah meninggal dunia. Rasanya bahagian belakang rumah ini telah disewakan. Di depan rumah ini ada sebuah rumah kedai kecil yang telah dijadiakan kedai jahit pakaian. Ada lagi beberapa buah rumah di belakang atau di kiri rumah ini yang dimiliki/diduduki oleh abang aku, bapa sauadara, sepupu, dan juga bekas rumah lama arwah nenek yang telah disewakan


Wednesday, August 22, 2012

MAJLIS HARI RAYA KELUARGA TOK AYAH LEH

Majlis hari raya keluarga Tok Ayah Leh buat julung kali diadakan pada hari raya kedua 20 Ogos 2012 bertempat di Kampung Keluat, Bachok, Kelantan. Saya sempat menghadirinya walaupun agak lewat. Tak sempat dengar sangat sessi pengenalan mengenai salahsilah keluarga (Abdul Halim Bin Ismail bin Ali bin Saleh (Tok Ayah Leh))

ALMARI TERPAKAI PART 1

Bawa masuk almari terpakai ke rumah buku di Saujana Puchong sebelum bulan puasa baru baru ni.

 

Saturday, July 21, 2012

GARAGE SALE ANGGERIK MALL 15 JUL 2012

Mulai 15 Julai 2012, Garage Sale Anggerik Mall, Shah Alam berpindah ke tingkat satu dari aras bawah. Saya rasa ianya akan berterusan hingga hujung bulan puasa. Saya mungkin tak sempat meniaga bulan puasa kerana 'sibulk' dengan pesanan secara online. Saya sempat mengunjungi Anggerik Mall pada 15 Julai sebagai seorang pembeli. Ada rakan menjual buku-buku DBP dengan harga diskaun sehingga 80%

Saturday, July 7, 2012

RUMAH BUKU

Suasana rumah buku pada 7 Julai 2012. Tetamu sentiasa dialu-alukan