Wednesday, June 5, 2013

BERNIAGA DI PUSANIKA, UKM 22 APRIL HINGGA 26 APRIL 2013

Saya berniaga buku buat kali pertama di Pusanika, UKM dari 22/April hingga 26/April 2013.



Kongsi tapak niaga dengan keronsang dan aksesori wanita


bermula dengan dua meja lipat


gerai saya berdekatan dengan ATM Bank Islam


Meja lipat dah tambah jadi tiga meja


gerai buku saya berdekatan dengan pelbagai pejabat persatuan pelajar, termasuk Persatuan Pelajar Kelantan 

gambar ni pinjam dari google: PUSANIKA dari depan

BERNIAGA DI USIM DARI 15 APRIL KE 18 APRIL 2013 SEMPENA KARNIVAL TAHA

Saya berniaga buku di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dari 15 April hingga 18 April 2013 sempena karnival TAHA. Alhamdulillah sambutan dari para pelajar agak menggalakkan.



pelbagai novel dan buku non fiction Bahasa Melayu dan English. Yang BM dijual dengan 50% diskaun, yang English biasanya best price RM10@. kongsi khemah dengan pelajar yang menjual jubah lelaki dari Mekah


Waktu petang / malam, buku buku ditutup sebagaimana gambar. Kanvas tu baru aja beli kat Nilai 3


Buku-buku pra sekolah dalam 'offer bin' juga dapat sambutan. Maaf saya belum terima baucer buku kerana belum daftar, insyallah tahun 2014 nanti


gambar ni dipinjam dari google. Tks

CAR BOOT SALE KOTA DAMANSARA 14 APRIL 2013

Saya sertai Pasar Karat atau Car Boot Sales di Kota Damansara pada 14 April 2013.

Ada 'offer bin' untuk buku buku murah aja RM1 setiap satu. Satu bin lagi untuk novel melayu terpakai 50% diskaun (gambar pinjam dari Facebook)
Gambar ni saya pinjam dari google
Boleh tahan juga ramai pembeli dan penjual
Saya berniaga betul di hadapan Kedai Buku Chapter

Friday, March 22, 2013

KARNIVAL DI UPM 15, 16 & 17 MAC 2013

Berniaga di Universiti Putra MAlaysia pada 15, 16, dan 17 Mac 2013. Syukur dapat tapak teduh di bawah dewan terbuka. Kasihan pula pada peniaga lain kat padang kerana berselut setelah hujan. Ramai pelajar nak guna baucer buku cuma saya belum terima lagi.

FLEA MARKET BUKIT ANTARABANGSA 2 & 3 MAC 13

Saya turut serta berniaga di Flea Market Bukit Antarabangsa pada 2 dan 3 Mac 2013. Pada hari pertama rasanya semua peniaga cuci kereta termasuk saya. Ianya dirasmikan oleh YB Ampang pada hari kedua beserta jamuan dan tarian niaga.

BIG BAD WOLF 28 FEB 13

Saya habis RM250. Kat Mines Convention.

LAWATAN KE PESTA BUKU 1MALAYSIA PADA 3 FEB 2013

PWTC. Seperti biasa saya cari buku buku DBP dan Utusan.