Saturday, November 29, 2008
HANTAR BARANG KE KOTA BHARU
Pada 28/Nov/08 selepas Maghrib saya ke perhentian bas di Sek 17, Shah Alam. Saya ingin mengirim 2 kotak barangan kedai kek kepada adik ipar saya di Kota Bharu. Di perhentian bas tersebut, ada seorang kanak-kanak menegur saya sebagai 'abang' dan meminta duit sebanyak RM2. Saya berasa terkejut memandangkan kanak-kanak tersebut kelihatan lebih kecil dari anak sulung saya dan sudah belajar meminta sedekah. Saya berniat baik kerana berkemungkinan dia ketiadaan ibubapa atau salah seorang dari mereka sakit. Saya meminta tolong dia memgangkat satu kotak dari kereta saya ke bas dan saya memberi dia upah sebanyak RM 2. Sekurang-kurangnya saya telah mengajar dia agar tidak meminta sedekah tetapi 'bekerja' sebagai penolong pengangkat barang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment