Friday, December 5, 2008

EBAY

Ada ebayer tanya saya soalan-soalan pasal ebay. Seronok juga ya walaupun tak semuanya saya boleh jawab tapi saya ada cadangkan buku yang sesuai untuk dibaca. Maknanya ada orang yang mengikuti perkembangan saya di ebay. Saya siarkab beberapa soalan dan jawapan saya yang tidak seberapa:

Soalan pada 5/Dis/09
Dear harizhakimi,

soalan pertama aku.
aku nak tanya,kalau aku nak beli lima buku READERS DIGEST yg ko jual dlm ebay sekarang nie,adakah kesemua buku aku tu akan sampai pada hari yang sama.bukan ape,aku tak penah beli barang banyak2 dari seorang penjual ebay nie.ke,macam mana prosedur ko utk hantar smua 5 buku tu pada aku???
soalan kedua aku.
jika smua barang yg ko pos pada aku tak sampai,contohnya sampai tiga je kerumah aku,adakah ko akan bayar balik pada aku dua buku yang tak sampai kerumah aku tu??
soalan ke tiga.
aku beli lima buku,adakah aku akan dapat 5 positive feedback dari ko??

- myasiashop

Jawapan saya:
Dear myasiashop,

i)kalau saya pos sekaligus (satu bungkus) sampai hari sama. kalau saya hantar asing, mungkin hari berlainan ii)setakat ni saya dah enam bulan berniaga kat ebay belum ada hilang lagi walaupun cuma pos biasa. saya belum ada pengalaman hilang. kalau hilang juga biasanya tak ganti cuma pembeli akan beri feedback negative. tapi bagi saya insyaalah saya ganti supaya dapat elakan - feedback. (iii) kalau beli 5 serentak, saya akan bagi 5 feedback dan semuanya boleh ditengok tapi ebay kira satu aja. kalau beli dalam minggu berlainan baru bertambah point feedback. kalau nak point byk saya cadangkan beli 1 atau 2 setiap minggu (jika dari penjual yang sama). walaupun harga paling murah ex RM1 jika dapat feedback masih kira satu point. saya selalu cari barang murah kat ebay spt handphone topup untuk menambah point. barang paling mahal saya pernah beli kat ebay setakat ni handphone lebih kurang RM250. barang yang paling mahal saya pernah jual ialah sauna RM460 (laku satu aja). tks kerana bertanya dan maaf lambat jawab.

- harizhakimi


Dear harizhakimi,

soalan keempat,
ko trima tak aku nak bayar mlalui online banking maybank2u.com???
soalan last aku,aku nak try iklankan barang aku dlm ebay malaysia,lepas aku iklankan barang aku,pihak ebay malaysia mintak info kad kredit aku,aku mana ada kad kredit,kad debit baru je nak buat.pihak ebay malaysia ada mintak info2 kad kredit ko tak lepas ko iklankan barang dlm ebay malaysia???
banyaklaa pulak soalan aku,sorry ekk...hahaha

- myasiashop


Jawapan saya
Dear myasiashop,

terima kasih lagi sekali. saya sgt suka maybank2u. majority ebayer malaysia gunakan maybank2u. yg ni susah sikit saya nak jawab sebab saya memang ada kad kredit. memang kena bagi maklumat kad kredit spt # dsb tapi jgn bimbang. pasal kad debit tu saya tak tahu nak jawab. saya galakan baca buku pasal ebay tulisan ebayer malaysia keluaran PTS. kad kredit diperlukan untuk penjual ebay kerana kita kena bayar bagi listing dan juga ada komisen bila dijual. sekarang ni jika listing 7 hari free. jika listing 10 hari--> 10sen.

- harizhakimi


Ada juga ebayer yang minta kurang. Biasanya saya tunaikan. Contoh di bawah, harga buku (The E-Myth) yang saya tawarkan RM15 + RM2 postal, tapi customer minta RM13 + free postal & saya terima

30/Nov/08
Dear harizhakimi,

hi
you give me a total rm 13 including postal stamp
and i buy it now
thanks

- cobywoo

No comments: