Sunday, December 14, 2008
PROJEK RENOVASI RUMAH I
(rumah jiran mula 'rennovate' sejak 13-Dis-08)
(rumah saya sebelum 'rennovate')
Saya telah mohon 'refinance' rumah di Saujana Puchong sejak April 2007 (dari Ambank ke HSBC). Permohonan telah diluluskan pada May 2007. Pelbagai halangan telah dihadapi untuk dari pemaju lama Talam, dsb. Setelah puas 'follow up' dengan kedua-dua pihak, bank & lawyer, akhirnya bank baru selesai pembayaran ke bank lama pada Nov'08 (lebih setahun setengah kemudian). Saya telah tangguhkan perojek renovasi rumah sejak akhir tahun 2006 lagi. Jiran saya, Rosli, telah mula projek renovasi rumahnya sejak 13/Dis/08. Saya mengambil keputusan untuk membuat projek dengan pemaju yang sama dengan jiran saya (sebenarnya saya akan buat dengan sub-kontraktornya --> pemaju asalnya telah menjual projek tersebut). Target saya adalah RM20K untuk membuat pagar sebelah kiri (pagar sebelah kanan akan dibuat oleh jiran), buang tiang tengah (buat atap baru tempat parking kereta supaya boleh masuk dua biji kereta, lantai mozek, pagar elektrik, sedikit renovasi di bahagian belakang rumah, cat di bahagian luar rumah, dan mengganti peralatan yang rosak seperti sinki dsb. Saya sertakan gambar rumah saya sebelum renovasi (jiran dah mula).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment