Panggilan kepada ibu saya ialah Mek. Berikut adalah gambar rumah Mek di Bukit Merbau (Selising, Pasir Putih, Kelantan).
Di sebelah kiri rumah adalah surau persendirian yang didirikan semasa arwah ayah masih ada (sumbangan dari adik beradik & saudara mara terdekat). Masa siang hari, Mek mengajar Quran di surau kepada kanak-kanak dan remaja yang tinggal berdekatan. Ceramah agama juga diadakan lebih kurang seminggu sekali (biasanya oleh imam dari masjid berdekatan). Biasanya Mek tidur seawal 10 malam dan akan bangun seawal 4 pagi untuk beribadat.
Berikut adalah gambar di dalam rumah. Mek menjalankan perniagaan runcit kecil-kecilan.
Berikut adalah gambar kolam ikan keli.
Ianya dibina semasa arwah ayah masih ada. Sekarang Mek memelihara ikan keli lebih kurang secara 'contract manufacturing'. Saya difahamkan kolam ini boleh memuatkan 300 ke 500 ekor ikan. Bila dah besar (katanya selepas 3 bulan), pemborong akan memborong kesemuanya.
Sekian dahulu buat kali ini.
No comments:
Post a Comment