Monday, December 15, 2008

EBAY: SOALAN DARI PEMINAT MENGENAI CONTENGAN DI BUKU



Berikut adalah iklan saya yang asal di ebay------------>
Keadaan baik (tetapi ada sedikit tanda dengan pen semasa membaca).

Tajuk buku: $AYA TIDAK MAHU KAYA TETAPI HARU$ KAYA: Panduan, motovasi, strategi dan persepsi positif Aa Gym bagi mendapatkan kekayaan yang hakiki.

Bestseller di Indonesia! Kini di Malaysia! Sudah terjual melebihi 20,000 naskhah!

Editor: Aa Gym

Beliau terkenal dengan konsep Pengurusan Kalbunya yang berusaha memberikan penyelesaian pada semua persoalan dengan membina akhlak yang baik. Pada hari ini beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang serba boleh dan mampu berprestasi dalam bidang dakwah, seni & perniagaan.

Beliau adalah ikon penting dalam semangat perubahan Indonesia. Beliau mendapat anugerah sebagai Tokoh Perubahan 2005 serta Tokoh Agama Paling Popular Seluruh Indonesia & juga merupakan penulis prolifik dgn senarai melebihi 30 judul buku.

Harga asal: RM 19

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Cetakan: 2007

Mukasurat: 125



Ada seorang ebayer berminat dengan buku ini dan bertanyakan pasal contengan & juga bahasa sebenar buku ini------->

(soalan peminat)
Dear harizhakimi,

Banyak sangat ke contengannya?
Bahasa melayu atau indonesia?

- farhanaramli

(jawapan saya)
Dear farhanaramli,

ada contengannya hingga mukasurat 13 (ada guna pen -- kalau guna pensil saya akan sapukan). bahasa nya telah di tukar ke bahasa melayu. terima kasih kerana bertanya.

- harizhakimi

Sebenarnya jika peminat tersebut tak jadi beli, saya akan 'stop' penyenaraian buku ini kerana ia sebenarnya buku yang baik untuk dibaca dan disimpan.

No comments: