Pada malam tahun baru kami sekeluarga mengunjungi food court Lokas Makan di Puchong Utama. Nampaknya Lokas Makan agak happening dengan ramai pengunjung dan dah ada banyak khemah-khemah jualan pelbagai barangan seperti uptown/downtown selain dari pelbagai gerai makanan. Mungkin ada peluang bagi saya untuk berniaga juga suatu hari nanti jika ada kakitangan. Di antara gerai makanan yang paling ramai pengunjung adalah gerai burger bakar. Kami asalnya berhasrat nak menjamu selera dengan burger bakar tetapi terpaksa ditunda ke masa lain kerana que agak panjang. Kami mencuba kangkong sotong, tauhu bakar, nasi air dll. Seperti biasa bila kami duduk terus dapat sebekas otak-otak, nampaknya Hakimi belum faham keran dia kata dapat otak-otak percuma. Cuma nasihat saya kepada pengunjung berhati hati dengan duit baki, mungkin ada tuan gerai yang terlupa duit baki kerana ramai pengunjung di malam cuti atau malam minggu.
958am 1/1/13
No comments:
Post a Comment