Monday, February 16, 2009

PROJEK RENOVASI RUMAH V

Gambar-gambar berikut diambil pada 14-Feb-09:

Hakimi 'posing' di atas tong sampah baru rumah jiran


Pemasangan tile


Pemasangan siling dan 'cornice'


Hampir siap pemasangan tile

Friday, February 13, 2009

PENGURUSAN JENAZAH

Sebelum cuti Chinese New Year (Jan'09) lepas, ramai ahli keluarga sebelah isteri say datang ke KL dari Kota Bharu, termasuk adik ipar saya yang membawa bersamanya pembantu rumah Indonesia (bibik). Bibik selalu mengadu sakit perut dan minta kebenaran berehat. Satu malam tu isteri saya bersama adiknya membawa Bibik ke klinik di Bandar Puteri, Puchong. Doktor dapati keadaannya agak tenat dan Bibik dibawa menaiki ambulan ke Hospital Serdang (isteri saya menemaninya di dalam ambulan). Selain kesakitan, Bibik memohon maaf kerana katanya dia banyak menyusahkan orang. Di hospital, Bibik terus dimasukkan ke bahagian kecemasan. Isteri saya dan adiknya di suruh pulang dulu. Setelah pulang ke rumah, beberapa jam kemudian, kami menerima pangilan dari pihak hospital menyatakan Bibik telah pulang ke rahmatullah (semuga rohnya diberkati Allah, Al-Fatihah). Kami membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong dan juga berjumpa dengan pegawai polis di Pondok Polis Hospital Serdang. Keadan agak sedikit kelam kabut kerana Bibik mungkin masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah. Kami dipanggil untuk pengesahan mayat di Hospital Serdang dan juga sessi soal siasat bersama Pegawai Penyiasat (polis) dan pakar foreksik hospital. Seterusnya kami dapat menghubungi kelurga bibik di Indonesia. Mereka meminta jasa baik kami menghantar jenazah ke Indonesia. Bibik ada keluarga di sana termasuk 2 orang anak. Pihak hospital telah memperkenal kepada kami sebuah syarikat yang menguruskan penghantaran jenazah ke luar negara termasuk Indonesia. ............servis termasuk mendapat surat mati, surat kebenaran dari kedutaan Indonesia, pengurusan jenazah (mengikut cara Islam), booking flight dsb. Ianya mengambil masa beberapa hari kerana cuti CNY dan juga pihak hospital agak sibuk dengan kes Kugan. Saya sempat mengikuti sembahyang jenazah dan juga kemasukan jenazah ke dalam kotak jenazah khas (cop mohor dari Jabatan Kesihatan) .......... Jenazah telah selamat sampai di lapangan terbang Jogjakarta dan ditanam di kampungnya................

Friday, February 6, 2009

PROJEK RENOVASI RUMAH IV


Rumah jiran sebagaimana pada 6/Feb/09. Pagar dah dipasang. Dah hampir dua bulan, tuan rumah belum boleh masuk lagi.


Pandangan depan rumah saya pada 6/Feb/09. Atap dah hampir siap cuma siling belum pasang, masa hujan tak bocor lagi. Anak atap pun dah siap. Katanya tukang rumah nak tampal sedikit ukiran kayu. Nantilah tengok kemudian. Balkoni pun dah ditampal dengan bata sebahagiannya. Pintu dan tingkap dah dipasang di belakang. Tapi pintu belum dicat & belum dibubuh kunci. Mungkin awal minggu depan akan dipasang tile di bahagian depan.

'LISTING' DI EBAY.COM



Saya buat penyenaraian yang pertama di ebay.com (US) pada 1 Feb'09. Ianya merupakan kad 'departmental store' MONTGOMERY WARD. Rujukan kepada iklan berikut di ebay:


Description (revised) Seller assumes all responsibility for listing this item.
Item Specifics
Industry : retail establishments

Item: MONTGOMERY WARD departmental store membership card

Owner: ABDUL ISMAIL (from Malaysia)

Card #: 632 883 420

The card is on good condition.

I've been keeping this card since 1989. I was in US from 1988 to 1990.

I collect plastic cards including membership cards, phone cards etc.

I would like to offer this card for sales to any card collector.

Shipping
I will ship by 1st class air mail.
I'm not responsible for any import fees or taxes imposed by your country

Payment
PayPal is the only accepted form of payment

Harga yang ditawarkan bermula dari US $ 2.

Alhamdulillah pada 6/Feb saya dapati ada seorang Mat Saleh bidding.

Thursday, February 5, 2009

PROJEK RENOVASI RUMAH III


pandangan bahagian depan pada 29 Jan 09: dalam proses menyiapkan struktur atap porch baru

pandangan depan pada 1 Feb 09: pemasangan atap gentian

Nampaknya projek ni agak perlahan. Demikianlah komen jiran dan juga anak-anak kami. Lama juga nak menyiapkan atap, jadi kami kurang selesa terutamanya bila hujan, habis basah di lantai (susah nak jemur pakaian dan letak kasut/selipar). Pekerja-pekerja selalunya bila cuti hari Ahad akan sambung cuti pada hari Isnin, ataupun datang kerja selepas tengahari Isnin. Projek di belakang runah nampak ditinggalkan buat sementara waktu (pintu dan tingkap baru untuk belakang dah dibeli). Bahagian balkoni rumah akan dibuat selepas disiapkan porch dan tile. Pagar di order di Kelantan oleh Fadil (adik isteri).