Friday, February 13, 2009

PENGURUSAN JENAZAH

Sebelum cuti Chinese New Year (Jan'09) lepas, ramai ahli keluarga sebelah isteri say datang ke KL dari Kota Bharu, termasuk adik ipar saya yang membawa bersamanya pembantu rumah Indonesia (bibik). Bibik selalu mengadu sakit perut dan minta kebenaran berehat. Satu malam tu isteri saya bersama adiknya membawa Bibik ke klinik di Bandar Puteri, Puchong. Doktor dapati keadaannya agak tenat dan Bibik dibawa menaiki ambulan ke Hospital Serdang (isteri saya menemaninya di dalam ambulan). Selain kesakitan, Bibik memohon maaf kerana katanya dia banyak menyusahkan orang. Di hospital, Bibik terus dimasukkan ke bahagian kecemasan. Isteri saya dan adiknya di suruh pulang dulu. Setelah pulang ke rumah, beberapa jam kemudian, kami menerima pangilan dari pihak hospital menyatakan Bibik telah pulang ke rahmatullah (semuga rohnya diberkati Allah, Al-Fatihah). Kami membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong dan juga berjumpa dengan pegawai polis di Pondok Polis Hospital Serdang. Keadan agak sedikit kelam kabut kerana Bibik mungkin masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah. Kami dipanggil untuk pengesahan mayat di Hospital Serdang dan juga sessi soal siasat bersama Pegawai Penyiasat (polis) dan pakar foreksik hospital. Seterusnya kami dapat menghubungi kelurga bibik di Indonesia. Mereka meminta jasa baik kami menghantar jenazah ke Indonesia. Bibik ada keluarga di sana termasuk 2 orang anak. Pihak hospital telah memperkenal kepada kami sebuah syarikat yang menguruskan penghantaran jenazah ke luar negara termasuk Indonesia. ............servis termasuk mendapat surat mati, surat kebenaran dari kedutaan Indonesia, pengurusan jenazah (mengikut cara Islam), booking flight dsb. Ianya mengambil masa beberapa hari kerana cuti CNY dan juga pihak hospital agak sibuk dengan kes Kugan. Saya sempat mengikuti sembahyang jenazah dan juga kemasukan jenazah ke dalam kotak jenazah khas (cop mohor dari Jabatan Kesihatan) .......... Jenazah telah selamat sampai di lapangan terbang Jogjakarta dan ditanam di kampungnya................

No comments: