Sunday, March 29, 2009

KONVOKESYEN UUM: II



Ini gambar saya selepas konvo pada 28-Mac-09. Belajarlah selagi ada peluang. Saya mengikuti jurusan MBA di UUM kampus KL dari Oktober 2006 hingga Feb 2009 (saya pernah ambil cuti satu semester kerana kesibukan kerja). Jumlah kesemua subjek yang perlu dihabiskan adalah 14 subjek. Kelas-kelas semuanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Pembayaran yuran semuanya ditanggung oleh KWSP saya.

KONVOKESYEN UUM: I


Bangunan HEP


Perpustakaan


Jam sederet dengan logo UUM


Logo UUM


Logo UUM

Pada pagi 27/3/09 saya pinjam kereta Syed (ex. NIDEM LOG) untuk pergi ke UUM Sintok dari Alor Setar. Ini adalah lawatan yang pertama ke UUM. Saya mula belajar MBA di UUM Kampus KL sejak hujung tahun 2006 dan tamat pada awal tahun 2009. Tarikh akhir untuk mengambil jubah adalah pada 27/3/09. Yuran konvo RM150 saya telah bayar di Bank Islam Shah Alam sehari sebelumnya. Setelah mengambil jubah, saya mengambil peluang melawat UUM seperti bangunan Chanselori, Perpustakaan, bangunan HEP, bangunan COB (College of Business), masjid, kedai cenderamata (di University Mall) dll. Sebelah petangnya pula saya melawat bandar Alor Setar terutamanya Pekan Rabu. Saya bermalam di rumah Syed Abdul Rahman (ex NIDEM LOG). Terima kasih kepada Syed dan isteri di atas 'good hospitality'.

PENGALAMAN MENAIKI BAS EKSPRES DARI SHAH ALAM KE ALOR SETAR

Pada 26/3/09 jam 10 malam saya menaiki bas AB Express dari terminal Shah Alam menuju ke Alor Setar. Pertama kali saya menaiki bas dua tingkat. Sebenarnya kali terakhir saya menaiki bas express adalah lebih 4 tahun lalu (laluan KB - KL). Saya sangkakan bas itu akan tamat di Alor Setar. Saya mendengar pemandu menyebut tempat-tempat bas berhenti seperti Sungai Petani, Butterworth, dan Changlon. Saya tak dengar pun Alor Setar disebut mungkin juga kerana saya terlelap. Setelah bas berhenti di Changlon barulah saya menghubungi rakan saya Syed. Rupanya saya telah terlepas Alor Setar. Saya dinasihati turun di hentian berikutnya iaitu Kangar (sampai hampir jam 6 pagi 27/3/09). Saya menaiki bas tambang Transnasional henti-henti dari Kangar ke Alor Setar pukul 6:40 pagi. Ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di Hentian Alor Setar.

Saturday, March 21, 2009

PERARAKAN SEMPENA MAULUD NABI DI SAUJANA PUCHONG





Buat pertama kalinya Surau SP8 menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulud Nabi pada pagi 9/Mac/09. Saya dan anak-anak bersama-sama menyertai perarakan sebagai mewakili kontijen SP10. Perarakan bermula dari surau melalui kabin UMNO SP8, berjalan depan SP9, sampai kawasan kedai (depan Restoren Subuh) dan lepas itu balik semula ke surau. Keseluruhan perjalanan hampir 3KM.

Monday, March 16, 2009

TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA



Tercapailah hajat saya untuk mendaki Taman Saujana Hijau, Putrajaya pada pagi 15-Mac-09. Boleh dikatakan sebulan sekali saya bermalam di rumah mertua saya di Prescint 11. Saya tidak tahu jalan untuk ke Taman Saujana Hijau. Pada pagi Ahad, saya bernasib baik kerana terserempak dengan seorang 'brother' yang menuju ke sana. Saya mohon izin untuk menurutinya. Udara sangat nyaman dan boleh lihat hampir keseluruhan kawasan Presint 11, juga kelihatan Jabatan Perdana Menteri dsb. Paling dekat kelihatan ialah Balai Polis Prescint 11. Keseluruhan perjalanan mungkin melebihi 3 km dan saya mengambil masa lebih dari 40 minit. Saya cuma terserempak dengan 3 orang yang beriadah (termasuk 'brother' tadi). Sebenarnya taman ini belum lagi dibuka dan kelihatan beberapa orang pekerja sedang bertugas seperti menanam pokok, membuang sampah pokok dsb. Sebagaimana cerita di www.jaggat.com banyak kelihatan pokok-pokok pine. Selain dari menggunakan jalan utama di depan sedikit dari balai polis, kelihatan juga banyak tangga-tangga kecil untuk memasuki taman tersebut. Gambar di atas dipinjam dari www.jaggat.com kerana saya tidak bawa kamera. Saya akan datang lagi dan merakam gambar-gambar sendiri.

Saturday, March 7, 2009

PROJEK RENOVASI RUMAH VII


Main gate


Grill belakang


Lori yang digunakan untuk membawa pagar dari Kelantan


Grill yang dipasang bersebelahan rumah jiran



Grill pintu utama


Grill di dapur



Proses mencabut grill lama dekat sliding door depan


Proses pemasangan grill dekat sliding door depan


Membuat tempat sidai kain


Pagar depan dan grill dibuat di kampung (Kelantan). Dah sampai di Puchong pada Jumaat 6/Mac/09. Proses pemasangan dilakukan pada 6, 7, dan 8/Mar/09. Jika ada sesiapa berminat nak buat boleh hubungi isteri saya. Kami jimat kos lebih dari separuh berbanding dengan 'quoatation' kat Puchong. Adik ipar saya beli besi dan ukiran / pembuatan dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.

Wednesday, March 4, 2009

"About Me" eBay

Saya sertakan rencana menarik dari Sdr Eruwan mengenai "About Me":


Selamat datang ke Isu Ke-21 Newsletter Rahsia Raja Lelong keluaran
Februari 2009!

Anda mungkin pernah terlihat ikon tulisan biru merah perkataan "ME" di
beberapa UserID ahli di eBay. Apabila anda klik pada ikon tersebut, anda
akan dibawa ke salah satu laman web di eBay yang dikhaskan untuk ahli
tersebut yang dipanggil laman web "About Me".

Laman web "About Me" merupakan satu ruangan yang sangat penting
buat seseorang ahli di eBay. Di dalam ruangan tersebut, anda dibenarkan
oleh eBay untuk melakukan apa sahaja yang tidak boleh anda lakukan
di dalam diskripsi lelongan anda.

Ia merupakan satu ruangan yang baik untuk menambahkan pendapatan anda
dan juga boleh memberikan maklumat lanjut mengenai diri anda kepada ahli-ahli
lain yang mengunjunginya.

Berikut merupakan beberapa idea cara untuk menggunakan laman web
"About Me" anda dengan berkesan:

1. Latarbelakang diri -
Anda boleh menggunakan ruangan tersebut untuk memberikan maklumat
lanjut mengenai diri dan perniagaan anda. Anda boleh berkongsi mengenai
pengalaman anda dan juga kelayakan yang anda miliki di dalam menjual
sesuatu produk. Dengan cara ini, para pengunjung anda akan lebih
mempercayai diri anda dan akan lebih tertarik untuk membeli dari anda.

2. Lelongan barang -
Anda juga boleh meletak pautan ke barang-barang jualan anda di eBay di
dalam ruangan laman web "About Me" anda. Dengan cara ini, para pengunjung
yang melihat laman web "About Me" anda akan tertarik untuk melihat barang-barang
jualan anda yang lain di eBay.

3. eBay Store -
Selain itu, anda juga boleh memberikan pautan ke eBay Store anda di dalam ruangan
"About Me" anda. Ini lebih mudah kerana anda tidak perlu memberi terlalu banyak
pautan untuk barang-barang jualan anda kerana dengan mengunjungi eBay Store anda,
pengunjung sudah dapat melihat kesemua barang jualan anda di eBay.

4. Ruangan pendaftaran -
Salah satu perkara yang boleh anda lakukan di ruangan "About Me" anda
adalah dengan menyertakan ruangan pendaftaran untuk
newsletter atau update terkini kedai anda. Jika anda melanggan perkhidmatan
Auto-Responder seperti Aweber.com, maka anda boleh menghasilkan
borang pendaftaran untuk dipaparkan di dalam ruangan "About Me" anda.
Anda boleh memberikan bonus seperti ebook percuma kepada pengunjung
dengan tujuan untuk menggalakkan mereka untuk mendaftar dengan anda.
Oleh itu, dengan mudah anda akan dapat menyimpan email
pengunjung untuk anda hubungi lagi pada masa lain untuk
sebarang promosi baru.

5. Laman web anda -
Anda juga boleh memberikan pautan ke laman web anda sendiri di dalam ruangan
"About Me" supaya para pelanggan boleh mengunjungi laman web anda dan
melihat barangan lain yang anda tawarkan di situ.


Anda boleh melihat salah satu contoh laman web "About Me" saya
di eBay yang telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat email
daripada para pengunjung saya. Sila klik pada pautan berikut untuk
melihatnya:
About Me


Berdasarkan strategi-strategi optimasi laman web "About Me" eBay yang
telah saya berikan tadi, maka anda boleh meningkatkan jualan anda dengan
berlipat kali ganda dengan usaha yang minima.

Oleh itu, jangan tunggu lagi, cepat hasilkan laman web "About Me" anda
sekiranya anda kini sedang menjual di eBay.



Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com

PROJEK RENOVASI RUMAH VI


Gambar ini dirakam pada 29/Feb/09. Boleh nampak cat warna oren. Tingkat atas (bhgn luar) belum dicat. Tempat bocor di bilik utama dan tandas bilik utama telah ditampal. Anak atap telah dibaiki (tidak lagi kelihatan kayu - dah ditutup dengan siling kapur). Pagar belum sampai dari Kota Bharu. Kawasan depan pagar masih lagi menakung air bila hujan atau bila membasuh lantai.



'Plaster' tiang pagar dengan batu pada 1/Mar/09. Asalnya beli batu di Sungai Buluh. Kemudian kami dapati di Puchong Batu 14 lagi murah.

FIRST ITEM PURCHASED FROM OVERSEA USING PAYPAL



I purchased the first item from oversea (through ebay) and first time paid through my paypal on 1st Mar'09. The price was USD0.75 + shipping cost USD1. It was for my nephew Najmi.



From ebay

New Crystal Clear Phone Cover Case Motorola Razr V3i

Other available models: Motorola Razr V3, V3i, Nokia N95, N95 8GB, N96, 5800

Free Gift: Each order includes 1 X mini carabiner clip, color is chosen randomly.
Weight: approximately 15 grams
Material: Plastic

Shipping: Please allow 7 to 14 business days. Delivery time may depend on your location and holidays. We do not offer discounts for combined shipping

Tracking and Insurance Option: Insurance is optional and includes tracking. Tracking is not provided without insurance purchase. Cost is $2.00

Use: Protect your phone from becoming dirty and scratched.

Other: Available for wholesale at discount price

Note: Phone not included

Box Contents: 1 X New Crystal Clear Phone Cover, 1 X free gift

Payment: We only accept PayPal. No exceptions. Paypal eChecks will need to be cleared before shipment. Buyer must make payment within 3 days of auction end date.

JUAL TOPUP DI EBAY



Saya mula jual topup (prepaid) Hotlink & Celcom di ebay.com.my sejak awal Feb'09. Sebelumnya saya selalu beli topup di ebay. Ada orang jual agak murah (ex. RM27 for topup RM30) mungkin sebagai promosi untuk pembelian barang-barang lain. Saya mendaftarkan diri sebagai ahli mymode dan mula jual di ebay & juga untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Setakat blog ni ditulis cuma seorang saja beli (RM5).

Iklan di ebay

Hotlink Reload RM5.

Are you urgently looking for topup?

Please bank in into my Maybank account 112101643405 ABDUL HALIM ISMAIL.

SMS me at 012 6630530

Your number (or your appointed mobile phone number) will be reloaded automatically