Monday, June 8, 2009

HARI IBU

(Saya terima melalui e-mail pada 6/Mei/09)
Salam,

Berkenaan sambutan atau "merayakan" Hari Ibu , adakah kita orang Islam sebenarnya tahu kenapa Ahad ke 2 bulan Mei dipilih sebagai memperingati Hari Ibu di Malaysia atau sekadar meniru / menurut mem-khinzir buta sahaja ?

Menurut sejarah, sambutan Hari Ibu hari Ahad ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita rakyat Amerika bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari Ahad, dan pada hari Ahad ke 2 bulan Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada.

Negara Indonesia dilihat lebih resional dalam memperingati Hari Ibu ( pd setiap 22 Disember ). Mereka adalah satu2nya negara yang menyambut pada tarikh tersebut, yang bersempena organisasi-organisasi wanita Indonesia mengadakan kongres pertamanya di Yogyakarta dan membentuk kongres wanita yang kini dikenal sebagai Kongres Wanita Indonesia pada 22 Disember 1928. Penetapan tarikh sambutan ini pertama kali dibuat oleh Presiden Soekarno pada tahun 1959, hingga kini.

Sementara di negara2 Arab pula disambut pada setiap 21 Mac. Memetik kata2 Sheikh Asem Al-Hakim, Imam Masjid Jaafar Al-Tayyar di Arab Saudi, "...considers the celebrating of a special day for mothers to be an imitation of non-Muslims, pointing out that the Prophet Muhammad (pbuh) said: Whoever imitates or resembles a nation, he is considered among them. We have to ask ourselves before we do something, if the Prophet Muhammad (pbuh) did it? Or is March 21 a special date in Muslim or Arab traditions? Of course it is not; so why should we observe it when Islam as a religion shows more respect and love for women and mothers than any other religion in the world. Imitating what Western nations do opens doors for Muslims to celebrate many other occasions which are forbidden."

Rasanya kita umat Islam cukup sekadar tertumpu kepada Hari Lahir ataupun Hari Kematian (kalau nak sangat mengingati) dengan mengadakan doa selamat atau tahlil arwah sebagai sedekah. Lebih afdhal.

Wallahu'alam.

No comments: