Tuesday, September 18, 2012

AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA PUCHONG SP10

Persatuan Penduduk Saujana Puchong SP10 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2012 pada hari Isnin 17/09/12, 10 pagi ke 1 tengahari bertempat di Tapak Padang di Jalan SP10/13 (depan pintu masuk Hutan Ayer Hitam UPM). Selain jamuan termasuk Potluck, pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, pertunjukan istimewa MAGIC Show dan inflatable castle. Sambutan dari ahli persatuan agak menggalakkan. Saya sekeluarga berkesempatan menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurnya, walaupun saya taklah aktif sangat, cuma aktif membayar yuran keselamatan.

Di antara gambar yang sempat saya rakamkan:

                                 Kek SP10 yang menarik perhatian saya. Rasa nak makan tapi tiada orang yang mula dulu

Inflatable Castle, anak saya Hakimi tak mahu main, katanya dah besar, padahal baru 8 tahun

Maskot bersampin menarik perhatian kanak kanak dan dewasa

Pertunjukan silap mata, acara 'memotong tangan'

Makan sambil menonton pertunjukan silap mata

Isteri dan anak sedang memilih juadah. Rasa terkilan pula hari tu lupa nak sentuh lemang

No comments: