Wednesday, January 2, 2013

CERITA PENIAGA ONLINE 1

Berniaga online ni pun kena banyak sabarnya, di antara pengalaman saya:
i)Pelanggan nak beli barang berharga RM10 tapi minta handcarry dari Puchong ke KL. Kos minyak pun dah melebihi kos barang
ii) Pelanggan order barang berharga kurang dari RM10 tapi minta hantar secara poslaju tanpa bayaran tambahan.
iii)Buku yang dihantar berharga kurang dari RM10, tetapi pelanggan tidak menerimanya dan ingin membuat lapuran polis.
iv)Kes-kes kehilangan buku yang dipos secara setem biasa secara puratanya sekali setiap dua bulan.
v)Pelanggan yang bertanya status pengantaran hampir setiap jam sehingga buku sampai ke tangannya.
vi) Berlaku kesilapan (shortage) dalam pengiraan kos pos untuk penghantaran secara pos parcel udara atau poslaju ke Sabah/Sarawak
vii) Ada customer yang tidak ada akaun bank.
viii) Customer mohon pembayaran secara transfer kredit telepon
ix)Customer minta tracking # walaupun awalnya telah dipersetujui untuk pos biasa
x) Menerima SMS pertanyaan barang pada waktu sedang tidur (malam atau awal pagi.
xi)Customer minta pos dulu sebelum membuat pembayaran.
xii) Customer minta bayar separuh dahulu sehingga menerima barangan.
Itu aja setakat ni, sambung lain di lain hari

1145pm 2/1/13

No comments: