Tuesday, September 18, 2012

ALMARI DAN RAK BUKU TERPAKAI

Rak dan almari buku dari kedai buku yang telah tamat operasi











AKTIVITI PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA PUCHONG SP10

Persatuan Penduduk Saujana Puchong SP10 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2012 pada hari Isnin 17/09/12, 10 pagi ke 1 tengahari bertempat di Tapak Padang di Jalan SP10/13 (depan pintu masuk Hutan Ayer Hitam UPM). Selain jamuan termasuk Potluck, pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, pertunjukan istimewa MAGIC Show dan inflatable castle. Sambutan dari ahli persatuan agak menggalakkan. Saya sekeluarga berkesempatan menghadirinya. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa kerana berjaya menganjurnya, walaupun saya taklah aktif sangat, cuma aktif membayar yuran keselamatan.

Di antara gambar yang sempat saya rakamkan:

                                 Kek SP10 yang menarik perhatian saya. Rasa nak makan tapi tiada orang yang mula dulu

Inflatable Castle, anak saya Hakimi tak mahu main, katanya dah besar, padahal baru 8 tahun

Maskot bersampin menarik perhatian kanak kanak dan dewasa

Pertunjukan silap mata, acara 'memotong tangan'

Makan sambil menonton pertunjukan silap mata

Isteri dan anak sedang memilih juadah. Rasa terkilan pula hari tu lupa nak sentuh lemang

Tuesday, September 4, 2012

RAK CD DAN RAK PELBAGAI GUNA

Kedua dua rak ini telah terjual melalui www.mudah.my/majalahbuku dengan harga RM90 pada 3/Sep/2012


Price : RM 50

Have more than 45 slots. Great for keeping CD, VCD, DVD.
Very strong, tough
self collection at Saujana Puchong or COD Puchong/Shah Alam








Price: RM50
Suitable for keeping CD, VCD, DVD, books etc
Quite heavy material and the base is made of stone
self collect at Saujana Puchong or COD Puchong/Shah Alam area





Saturday, August 25, 2012

FAMOUS AMOS COOKIES FLASK & METAL CONTAINER

Hari ini saya iklankan dua bekas tempat simpan Famous Amos cookies di www.mudah.my, keadaan sangat baik, khas untuk peminat Famous Amos.





Malayan Law Journal (1932-2011): IKLAN BUKU TERMAHAL DI www.mudah.my

Saya selalu iklanlan untuk jualan pelbagai buku di www.mudah.my/ahalimismail dan juga www.mudah.my/majalahbuku. Saya juga suka tengok iklan buku dari penjual lain. Saya rakamkan di blog saya koleksi buku yang termahal diiklankan di www.mudah.my sebagaimana pada 25/8/2012 untuk  rujukan saya

--------------->

MALAYAN LAW JOURNAL (MLJ) FORM YEAR 1932-2011 FOR SALE.


A LAW FIRM FROM PENANG WANTS TO SELL THE WHOLE JOURNALS DUE TO THE DEATH OF THE LAWYERS. NETT PRICE OF RM52,000.

SELL AT THE PRICE OF RM35,000 ONLY.

FOR SERIOUS BUYERS ESPECIALLY TO THE LAW FIRMS.

PLS CALL ME FOR FURTHER INFO...TQ    

Vacant land for plantation business partnership

Saya suka iklan ini (www.mudah.my) kerana ia memberi saya sesuatu idea. JAdi saya abadikan di blog saya untuk rujukan di masa terdekat.

I owned an aproximately 5 acre agriculture land, now opening an opportunity for partnership in developing plantation or breeding business.


This previous Durian farm has been abandoned for years, since all of my children have their own business.

It's a sloping land, with rich and healthy soil, and a well for water supply.

The land is located in the town of Jerantut, Pahang. Located just next to Jerantut Hill Resort.

Any proposals will be accepted and open for negotiation. I would suggest profit sharing concept, as it's a win-win situation. I can be in the business, and you can work it out without have to own a land for millions!

Business proposals which is feasible in short time, in other words, can see returns in short period (1-2years), are prefered.

Interested party please contact 012-6275000.

Thank you and have a nice day  

Friday, August 24, 2012

BUAH KERADANG

Ulam mahupun sayuran sebenarnya tidak hanya tertumpu daripada jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atu memanjat.


Contohnya ialah POKOK KERADANG yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Intitut Biosains UPM, Tajuddin bin Abdul Manap, pokok keradang atau nama botaninya carissa carandas, bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiayt dari segi kesihatan diri.

“Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat.

Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima,” kata beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau sesetengah masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.

Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.

Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.

“Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Tapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
(Terima kasih kepada rakan facebook Amran Othman & blog 'bicara tentang tumbuhan)


Nota: Saya selalu nampak pokok ni yang tumbuh di rumah jiran mertua saya di Pengkalan Chepa. Buahnya lebat dan terkeluar dari pagarnya.