Saya sertakan rencana menarik dari Sdr Eruwan mengenai "About Me":
Selamat datang ke Isu Ke-21 Newsletter Rahsia Raja Lelong keluaran
Februari 2009!
Anda mungkin pernah terlihat ikon tulisan biru merah perkataan "ME" di
beberapa UserID ahli di eBay. Apabila anda klik pada ikon tersebut, anda
akan dibawa ke salah satu laman web di eBay yang dikhaskan untuk ahli
tersebut yang dipanggil laman web "About Me".
Laman web "About Me" merupakan satu ruangan yang sangat penting
buat seseorang ahli di eBay. Di dalam ruangan tersebut, anda dibenarkan
oleh eBay untuk melakukan apa sahaja yang tidak boleh anda lakukan
di dalam diskripsi lelongan anda.
Ia merupakan satu ruangan yang baik untuk menambahkan pendapatan anda
dan juga boleh memberikan maklumat lanjut mengenai diri anda kepada ahli-ahli
lain yang mengunjunginya.
Berikut merupakan beberapa idea cara untuk menggunakan laman web
"About Me" anda dengan berkesan:
1. Latarbelakang diri -
Anda boleh menggunakan ruangan tersebut untuk memberikan maklumat
lanjut mengenai diri dan perniagaan anda. Anda boleh berkongsi mengenai
pengalaman anda dan juga kelayakan yang anda miliki di dalam menjual
sesuatu produk. Dengan cara ini, para pengunjung anda akan lebih
mempercayai diri anda dan akan lebih tertarik untuk membeli dari anda.
2. Lelongan barang -
Anda juga boleh meletak pautan ke barang-barang jualan anda di eBay di
dalam ruangan laman web "About Me" anda. Dengan cara ini, para pengunjung
yang melihat laman web "About Me" anda akan tertarik untuk melihat barang-barang
jualan anda yang lain di eBay.
3. eBay Store -
Selain itu, anda juga boleh memberikan pautan ke eBay Store anda di dalam ruangan
"About Me" anda. Ini lebih mudah kerana anda tidak perlu memberi terlalu banyak
pautan untuk barang-barang jualan anda kerana dengan mengunjungi eBay Store anda,
pengunjung sudah dapat melihat kesemua barang jualan anda di eBay.
4. Ruangan pendaftaran -
Salah satu perkara yang boleh anda lakukan di ruangan "About Me" anda
adalah dengan menyertakan ruangan pendaftaran untuk
newsletter atau update terkini kedai anda. Jika anda melanggan perkhidmatan
Auto-Responder seperti Aweber.com, maka anda boleh menghasilkan
borang pendaftaran untuk dipaparkan di dalam ruangan "About Me" anda.
Anda boleh memberikan bonus seperti ebook percuma kepada pengunjung
dengan tujuan untuk menggalakkan mereka untuk mendaftar dengan anda.
Oleh itu, dengan mudah anda akan dapat menyimpan email
pengunjung untuk anda hubungi lagi pada masa lain untuk
sebarang promosi baru.
5. Laman web anda -
Anda juga boleh memberikan pautan ke laman web anda sendiri di dalam ruangan
"About Me" supaya para pelanggan boleh mengunjungi laman web anda dan
melihat barangan lain yang anda tawarkan di situ.
Anda boleh melihat salah satu contoh laman web "About Me" saya
di eBay yang telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat email
daripada para pengunjung saya. Sila klik pada pautan berikut untuk
melihatnya:
About Me
Berdasarkan strategi-strategi optimasi laman web "About Me" eBay yang
telah saya berikan tadi, maka anda boleh meningkatkan jualan anda dengan
berlipat kali ganda dengan usaha yang minima.
Oleh itu, jangan tunggu lagi, cepat hasilkan laman web "About Me" anda
sekiranya anda kini sedang menjual di eBay.
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com
No comments:
Post a Comment