Sunday, March 29, 2009

PENGALAMAN MENAIKI BAS EKSPRES DARI SHAH ALAM KE ALOR SETAR

Pada 26/3/09 jam 10 malam saya menaiki bas AB Express dari terminal Shah Alam menuju ke Alor Setar. Pertama kali saya menaiki bas dua tingkat. Sebenarnya kali terakhir saya menaiki bas express adalah lebih 4 tahun lalu (laluan KB - KL). Saya sangkakan bas itu akan tamat di Alor Setar. Saya mendengar pemandu menyebut tempat-tempat bas berhenti seperti Sungai Petani, Butterworth, dan Changlon. Saya tak dengar pun Alor Setar disebut mungkin juga kerana saya terlelap. Setelah bas berhenti di Changlon barulah saya menghubungi rakan saya Syed. Rupanya saya telah terlepas Alor Setar. Saya dinasihati turun di hentian berikutnya iaitu Kangar (sampai hampir jam 6 pagi 27/3/09). Saya menaiki bas tambang Transnasional henti-henti dari Kangar ke Alor Setar pukul 6:40 pagi. Ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di Hentian Alor Setar.

No comments: