Monday, March 16, 2009
TAMAN SAUJANA HIJAU, PUTRAJAYA
Tercapailah hajat saya untuk mendaki Taman Saujana Hijau, Putrajaya pada pagi 15-Mac-09. Boleh dikatakan sebulan sekali saya bermalam di rumah mertua saya di Prescint 11. Saya tidak tahu jalan untuk ke Taman Saujana Hijau. Pada pagi Ahad, saya bernasib baik kerana terserempak dengan seorang 'brother' yang menuju ke sana. Saya mohon izin untuk menurutinya. Udara sangat nyaman dan boleh lihat hampir keseluruhan kawasan Presint 11, juga kelihatan Jabatan Perdana Menteri dsb. Paling dekat kelihatan ialah Balai Polis Prescint 11. Keseluruhan perjalanan mungkin melebihi 3 km dan saya mengambil masa lebih dari 40 minit. Saya cuma terserempak dengan 3 orang yang beriadah (termasuk 'brother' tadi). Sebenarnya taman ini belum lagi dibuka dan kelihatan beberapa orang pekerja sedang bertugas seperti menanam pokok, membuang sampah pokok dsb. Sebagaimana cerita di www.jaggat.com banyak kelihatan pokok-pokok pine. Selain dari menggunakan jalan utama di depan sedikit dari balai polis, kelihatan juga banyak tangga-tangga kecil untuk memasuki taman tersebut. Gambar di atas dipinjam dari www.jaggat.com kerana saya tidak bawa kamera. Saya akan datang lagi dan merakam gambar-gambar sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment