Tuesday, January 1, 2013

HARI PERTAMA MENYEWA KEDAI

Hari ini adalah hari pertama bermulanya saya sewa kedai di Saujana Puchong (SP2). Nampaknya penyewa lama masih belum habis clear barang-barang. Kedai ni agak elok dengan lantai mozek dan siling yang dah dirennovate, cuma kena cuci dulu. Jiran pun agak peramah, jiran sebelah kiri adalah pembekal ikan peliharaan dan hujungnya kedai kopi Cina, keduanya dah menegur saya.

asalnya kedai runcit India

                                       lantai dah elok mozek
                                            ada bilik kecil kat depan, boleh sublet? atau jadikan ofis?
                                             ada tandas extra yang agak besar
                                              ofis sediada

                                     meja buruk dalam ofis
                                        almari lama dekat tandas belakang
                                     pelbagai barangan ditinggal kat belakang
                                   ada bangkai tikus

Monday, December 31, 2012

KENANGAN DI RUMAH BUKU AKHIR NOV'12

Gambar-gambar ini diambil di rumah buku di Saujana Puchong semasa akhir Nov'12, kelihatan Harith sedang belajar belajar bersama kawannya di rumah buku semasa peperiksaan SPM belum tamat. Rumah buku akan berpindah ke kedai buku sepanjang Jan-Feb 2013

1023am 1/1/13







LOKAS MAKAN

Pada malam tahun baru kami sekeluarga mengunjungi food court Lokas Makan di Puchong Utama. Nampaknya Lokas Makan agak happening dengan ramai pengunjung dan dah ada banyak khemah-khemah jualan pelbagai barangan seperti uptown/downtown selain dari pelbagai gerai makanan. Mungkin ada peluang bagi saya untuk berniaga juga suatu hari nanti jika ada kakitangan. Di antara gerai makanan yang paling ramai pengunjung adalah gerai burger bakar. Kami asalnya berhasrat nak menjamu selera dengan burger bakar tetapi terpaksa ditunda ke masa lain kerana que agak panjang. Kami mencuba kangkong sotong, tauhu bakar, nasi air dll. Seperti biasa bila kami duduk terus dapat sebekas otak-otak, nampaknya Hakimi belum faham keran dia kata dapat otak-otak percuma. Cuma nasihat saya kepada pengunjung berhati hati dengan duit baki, mungkin ada tuan gerai yang terlupa duit baki kerana ramai pengunjung di malam cuti atau malam minggu.

958am 1/1/13






SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat menyambut tahun baru 2013.

Saya daripada hajat saya di tahun baru ini adalah untuk menulis satu cerita setiap kali. Dah lama hajat saya nak menulis dipendamkan. Mulai tahun 2013 saya mesti menulis.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, bila bangun pagi tadi terasa ada kekuatan untuk keluar berjalan kaki di sekeliling taman perumahan. Hampir sejam juga berjalan. Rasanya kali terakhir saya berjalan adalah 5 bulan dulu (sebelum bulan puasa), patutpun dah rasa kurang 'fit'. Insyallah azam di tahun baru ini saya ingin berjalan atau berlari anak di waktu pagi sekurang kurangnya 4 kali seminggu. Saya berhajat untuk lebih sihat di tahun baru ini. Biasanya jika lama tak bersenam saya akan merasa pening-pening di waktu pagi dan ada masanya terbawa hingga ke tengahari. Bagi saya memang tidak memadai jika berpeluh secara tidak sengaja, maksud saya berpeluh ketika menaiki tangga pejabat, berjalan kaki dari parkir ke kantin dsb adalah tidak memadai, saya perlukan senaman secara 'paksaan' seperti berjalan kaki di waktu pagi, bersenam di gimnasium dsb.

Semasa berjalan pagi tadi terjumpa dengan seorang Pak Aji, dulu saya selalu nampak dia berjalan di waktu pagi. Dia nampak begitu sihat walaupun umurnya sudah 73 tahun. Dia menasihati saya agar berjalan dengan lebih laju sedikit dan setiap langkah katanya hendaklah sebaiknya diikuti dengan zikir di dalam hati (seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar). Pak Aji mendapat tip tersebut dari seorang lagi tuan haji beberapa tahun lepas yang lebih tua 10 tahun darinya  tapi nampak macam lebih sepuluh tahun lebih muda.  Tuan Haji tersebut memberitahu Pak Aji bahawa zikir tu tidak semestinya di atas tikar sejadah sahaja tetapi boleh dilakukan bila-bila masa seperti semasa memandu (nampaknya kena slow volume radio atau tutup aja radio), berjalan, bekerja dsb.

Pak Aji juga sempat bercerita mengenai pengalamannya berjumpa seorang kaya beberapa tahun lepas. Pak Aji dijemput oleh jirannya seorang kontraktor pendawaian ke sebuah rumah di bandar lain sebagai teman dan penunjuk jalan. Sampai di rumah tersebut, kelihatan tuan rumah duduk di atas kerusi, Pak Aji memberi salam tetapi tiada jawapan.  Pak Aji cuba menarik perhatian tuan rumah dengan memuji keindahan rumah banglo tersebut dengan lanskap yang menarik namun masih tiada respon dari tuan rumah. Akhirnya Pak Aji memandang muka tuan rumah dan terpancul soalan bertanyakan adalah tuan rumah tidak sihat. Barulah tuan rumah mula bercakap dan mengakui dia tidak berapa sihat. Dia pula bertanya berapa umur Pak Aji. Tuan rumah terkejut setelah Pak Aji memberitahu umurnya melebihi 70 tahun kerana dia mengandaikan Pak Aji lebih muda. Dia juga menanyakan rahsia Pak Aji kelihatan lebih muda. Jawapan Pak Aji adalah sentiasa berzikir di mana sahaja kita berada. Tuan rumah yang awalnya kelihatan seperti ego telah bertukar menjadi seorang yang cuba mengorek lagi pengalaman Pak Aji. Begitulah ringkasan cerita yang mengandungi unsur keagamaan termasuk kesihatan, komunikasi dsb.

Semasa berjalan pulang ke rumah setelah selesai bercakap dengan Pak Aji, saya berkenalan pula dengan pengawal keselamatan baru di kawasan perumahan saya (namanya Saiful). Nanti saya akan cuba korek pula cerita dia seperti pengalaman menarik semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan. Dalam masa bulan Jan dan Feb'13 ini rumah buku saya akan berpindah ke kedai buku, saya dah bertanyakan Saiful untuk membantu saya mengumpul kawan-kawannya untuk mengangkat almari besi yang berat tu.

935am 1/1/13

Friday, November 30, 2012

British army discharge certifate

TENTERA BRITISH SIJIL BERHENTI (MALAYAN)


Bahan bersejarah

Serial # 34741

Discharged on Mar 1969

Keadaan baik

6 mukasurat

RM50 termasuk pos express   Saya iklankan di www.mudah.my/ahalimismail   sudah ditarik balik jualan kerana telah diberikan kepada peminat buku buku tentera.  

Sunday, November 4, 2012

POS MINI UNTUK DIJUAL

Saya pernah meminati perniagaan ini. Saya jumpa iklan ini di www.mudah.my pada 4/Nov/12, saya abadikan untuk rujukan saya.


Price: RM 25 000

Lokasi: Tongad, Sabah


Perniaagaan Pos Mini dan Penyewaan 200 buah Peti Surat untuk diambilalih Pejabat dilengkapi:

1 unit Vsat untuk talian internet &

talian telefon,1 unit aircond,cctv ,

+ 2 bilik kosong untuk tempat tinggal / pejabat

Perniaagaan tambahan yang sesuai Khidmat menaip surat isi dan jual borang,Photostate,cuci gambar,faks



Monday, October 15, 2012

BISNES HARD COVER BINDING UNTUK DI AMBILALIH

(Saya suka iklan ini dan bisnes ini, jadi saya abadikan kat blog saya untuk rujukan)


Salam Satu Malaysia saya ada satu bisnes untuk di ambil alih iaitu "Hard Cover Binding ".Saya hendak jual kerana ada bisnes baru.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya.


Peralatan menjilid buku adalah:

Mesin menjilid

Press Machine

Heavy Duty Cutter

Manual Cutter

Gondola Rack

Meja

Raw Material dan sebagainya.

Pelanggan sediada:


UITM

Politeknik

AUCM

Arkitek Consultant

Kolej Komuniti

Open Universiti

Security Tender

Orang perseorangan

dan lain - lain lagi

Yang berminat sahaja yang akan dilayan

Harga boleh dibawa runding sampai jadi

Berminat sila hubungi 019-5277371 ( 24 jam )

RM80,000