Friday, September 26, 2008

DIGITAL QURAN


Saya beli Digital Quran pada awal bulan puasa. Asalnya untuk produk demo. Untuk menjadi agen saya kena beli minimum 4 unit.

Saya sertakan di sini sebahagian dari iklan asal oleh pengedar utama. Alat ini juga di senaraikan di eBay.com.my


Walaupun agak banyak fungsi yang disediakan, setakat ini saya cuma menggunakan Quran, Hadis, Doa & Asmaul Al Husna. Saya belum mendalami lagi lain-lain fungsi seperti kamera, MP4, azan, dan perakam suara. Yang pentingnya setakat ini dapatlah memperbaiki sedikit sebanyak tajwid saya. Saya dapati Al-Quran Digital mula dijadikan hadiah atau hantaran kahwin. Ianya mungkin akan menjadi trend baru (sebagai contoh samasa perkahwinan adik ipar saya pada 4 Oktober, 2008)


Model QM7800

Fungsi & Ciri-ciri
  • Audio bacaan & paparan teks 30 juzuk Al Quran (114 surah)
  • Terjemahan dalam 25 bahasa termasuk bahasa Melayu
  • Mudah dan cepat dalam mencari Surah atau Ayat
  • Fungsi penanda buku
  • Himpunan 13 kitab Hadis
  • 4 kitab Tafsir Al Quran
  • Penunjuk waktu solat, arah kiblat dan azan lebih 5000 buah bandar seluruh dunia
  • Asmaul Al Husna dan Doa Khatamulquran
  • MP4; Boleh muat turun audio, video dan photo
  • Perakam suara
  • Kamera digital 2 mega pixel
  • Kalendar
  • Radio FM
  • Memori tambahan sehingga 1GB menggunakan kad SD/MMC
  • Pembesar suara bina dalam dan fon telinga kualiti tinggi
  • Jaminan Produk 1 tahun
  • Diluluskan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN:PQ/Q.1001/2.2/Q/173/2008)

Setiap set mengandungi:
-Al-Quran digital (bateri bina dalam)
-Fon telinga
-Kompas
-Travel charger
-Kad indek surah
-Kad jaminan (1 tahun)
-Buku manual (bahasa Arab dan Inggeris)
-Kotak yang menarik
-Sarung


Alat ini juga boleh dijadikan sumber rujukan bagi meyemak sebutan dan bacaan yang betul dan bertepatan dengan hukum tajwid.

Sesuai juga untuk pelajar Tahfiz dan juga sesiapa yang ingin menghafal surah-surah Al Quran.

Menjadi teman setia dan halua telinga tak kala di dalam kerunsingan. Al Quran penyembuh segala penyakit hati.

Mudah dibawa ke mana sahaja kerana ianya kecil dan kompak

Saiz 102 x 66 x 13mm

Berat 100gm sahaja.

Sesuai dibawa bersama tak kala mengerjakan ibadah haji/umrah dan melancong.


No comments: