Monday, September 29, 2008

HARI-HARI TERAKHIR BERPUASA.

Pada hari Sabtu lepas kami sekeluarga ke IOI Puchong untuk membeli pakaian raya anak-anak. Kami bercadang untuk berbuka di Kenny Rodgers malangnya telah ditempah habis. Boleh dikatakan semua outlet fast food seperti KFC, McDonald, Pizza Hut termasuk food court penuh. Kami akhirnya beli air botol di JUSCO dan beli roti. Kami berbuka puasa di kerusi panjang (pun ramai orang berbuka seperti kami).

Pada pagi Ahad, kami bertolak pulang ke Kelantan. Saya singgah di rumah adik di Selayang. Ada satu masjid yang sangat cantik di sini berserta dengan rumah pegawai masjid. Saya nak menumpang tandas, malangnya ada notis ' TANDAS DIKUNCI. CUMA DIBUKA WAKTU SOLAT'. Saya sangat sedih. Mungkin sebelum ini ada orang mengotorkannya. Bagi saya tandas masjid sepatutnya dibuka sepanjang masa lebih-lebih lagi waktu hujung minggu atau cuti. Lagipun ramai juga pelawat mengunjungi masjid dari masa ke semasa. Tandas yang dijaga dengan bersih (bukannya dikunci) juga boleh menjadi daya tarikan orang ke masjid. Tabung tandas juga boleh disediakan di luar tandas untuk menunujukkan peri pentingnya menjaga kebersihan (bukannya dikunci). Wallahua'lam.

Perjalanan ke kampung kali ini agak 'lega'. Tiada kesesakan yang teruk seperti tahun lalu. Mungkin kerana ramai orang balik waktu malam selepas berbuka. Raya tahun ini pula jatuh di tengah minggu 'Selasa atau Rabu' dan masih ramai juga yang bekerja pada hari Isnin (29/9)

No comments: