Sunday, April 26, 2009

KRISTA ANNUAL SPORTS DAY 2009



Krista Taman Saujana Puchong (tempat anak saya Hariz Hakimi belajar), Taman Puchong Hartamas dan Bandar Bukit Puchong 2, telah mengadakan sukan tahunan secara bersama pada hari Sabtu 25/4/09 di Dewan Serbaguna Puchong Indah. Saya berkesempatan menghadirinya sehingga tamat dari 08:30 ke 12:30. Sukan ini betul melambangkan perpaduan dan kesepakatan tiga kaum utama di negara kita Melayu, China, dan India. Sukan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Ramai ibubapa menyumbangkan hadiah untuk 'lucky-draw', menyediakan makanan, dan menjadi sukarelawan semasa sukan.

Saturday, April 25, 2009

CERMIN KERETA KENA PECAH

Cermin kereta saya kena pecah (bahagian depan penumpang) semasa isteri 'parking' di kedai Saujana Puchong untuk membeli barangan dapur pada 13/3/09. Dia tertinggal handphone. Handphone tu taklah mahal tapi maklumat dalam tu yang mahal. Alhamdulillah anak saya berada bersama ibunya dan bukannya ditinggalkan didalam kereta. Kat sini terutamanya kat stesen Petronas, saya selalu nampak orang tinggalkan kereta tanpa matikan enjin (tiada orang dalam kereta atau ada kanak-kanak atau orang tua) untuk membayar duit pam atau pergi ke ATM. Kita kena lebih berhati-hati. Cermin tersebut dah ditukar pada 18/4/09 di kedai belakang TESCO Puchong. Harganya termasuk kos pemasangan RM110.


Sedang tukar cermin kereta (pekedai beritahu ramai orang kena pecah kereta termasuk yang ternampak duit syiling)

Monday, April 13, 2009

DIET ALA RASULULLAH SAW

Saya terima artikel ini melalui email:

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita
tak boleh asal makan je. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan
makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet
Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih
dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam
dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak
memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?.. Kesannya tidak dalam
jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan
bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung
ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi
reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan
antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang
kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit
kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme
sejenis alat percerna
makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Friday, April 10, 2009

DRINK WATER WITH EMPTY STOMACH

I got this article through email few years ago:

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up
every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We
publish below a description of use of water for our readers. For old and
serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had
been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the
following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat,
epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningtitis, kidney and urine
diseases, vomiting, gastritis, diarrhoea, piles, diabetes, constipation,
all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and
throat diseases.

METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x
160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45
minutes
3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or
drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of
water at the beginning may commence by taking little water and
gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and
others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment
required to cure main deseases:
1. High Blood Pressure - 30 days
2. Gastric - 10 days
3. Diabetes - 30 days
4. Constipation - 10 days
5. Cancer - 180 days
6. TB - 90 days

Arthritis patients should follow the above treatment for only 3
days. In the 1st week to be followed by daily treatment. This
treatment method has no side effects, however at the
commencement of treatment you may have to urinate a few times.

Try to convince all your friends to lead a healthier way of life.
Good Health to you all...*

Thursday, April 9, 2009

BERSAUNA KAT RUMAH



Saya telah membeli satu set 'Home Sauna' pada bulan puasa Sep 2008 untuk kegunaan saya sekeluarga. Harganya RM460 beserta penghantaran. Alat ini sangat sesuai bagi mereka yang kurang mengeluarkan peluh seperti saya. Saya target menggunakannya sekurang-kurangnya seminggu 1X. Masa pennggunaan digalakkan selama 20 minit tetapi bagi saya setakat ini selepas 15 minit saya dah keluar tak tahan kepanasan dan peluk yang sudah 'berjeruk'.

Alat ini saya 'listing' kat eBay. Sejak Sep 2008 hingga ke hari ini 9hb April 2009, saya dah jual 3 unit melalui ebay. Penghantaran dilakukan oleh 'dropshipper'.


KEHEBATAN MANDI WAP DI RUMAH

Kini anda boleh bersantai sambil bersauna di rumah kerana Diva-Relax Steam Sauna mempunyai rekabentuk yang unik, harga yang berpatutan, mudah dipasang, adalah pilihan yang tepat untuk anda. Anda mampu lakukan mandi wap, bertangas (untuk ibu lepas bersalin), membuang toksik dalam badan, membakar lemak, melancarkan peredaran darah mengurangkan berat badan hanya dari rumah sambil menonton TV atau membaca surat khabar atau majalah.

Adakah Anda Prihatin Tentang Berat Badan & Kesihatan Diri

Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


Sudah terbukti bersauna mampu membakar lebih kalori berbanding aktiviti bersukan yang lain ..... dan dalam tempoh yang lebih singkat. Biarkan wap panas melaksanakan segala kerja untuk anda dan anda hanya relax atau membaca atau menonton TV di di dalam keselesaan rumah anda, terhindar dari hiruk pekok kesibukan kenderaan dan udara yang tercemar.

Anda sibuk setiap hari?
Tiada Masa nak berjogging?
Nak pergi pusat kecantikan?
Tak kurus walaupun dah beribu habis?

Apa jua alasan, anda tidak perlu fikirkan lagi untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat & menarik!!

Kelebihan Mandi Wap (Bersauna)
1-Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.

2-Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan.

3-Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memecahkan lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.

4-Mengecutkan perut, rahim, paha dan menguatkan angota dalaman wanita.

Wednesday, April 8, 2009

PELANGGAN EBAY







Hari ini ada ebayer berminat nak beli 20 buah buku serentak dari stor saya. Beliau meminta diskaun. Saya sertakan email beliau:

Dear harizhakimi,

hi thr, these r d list of bks i need..(20 bks).. hp i can get a discount.tq

1.silhoutte special edition:marriage on demand
2.silhoutte sensation: the vow
3.silhoutte desire : gus and the nice lady
4.silhoutte sensation : hell on wheels
5.silhoutte sensation : a summer to come home
6.silhoutte sensation : left at the altar
7.silhoutte sensation : the letter of the law
8.silhoutte special edition: navy baby
9.silhoutte desire : babe in the woods
10.silhoutte desire : that's my baby
11.enid blyton: the donkey on the sands % other stories
12.enid blyton: the mystery of the hidden house
13.paradise lost
14.the three muskeeteers
15.oliver twist
16.girls' best loved stories
17.black beauty
18.the last of the mohicans
19.20,000 leagues under the sea
20.the mutiny on board hms bounty

Berukut adalah jawapan dari saya:

Dear princezzmaha,

my best offer for 20 books:
harga buku 18X6 + 2X5 = 118
postage 2X20 = 40
diskaun on postage = 10
diskaun on books = 10
jumlah tawaran = 138

di sini saya charge RM30 untuk packing & kos pengeposan memandangkan buku2 tersebut agak berat dan berkulit tebal. jika ada balance saya boleh pulangkan baki ke akaun maybank awak atau boleh guna untuk beli buku lain.

demikianlah tawaran saya. tks

- harizhakimi

Monday, April 6, 2009

EBAY STORE

Saya dah siap pasang stor biasa kat ebay.com.my sejak 18-Mac-09. Banyak lagi sebenarnya kena belajar pasal stor ni. Yurannya adalah percuma untuk bulan pertama dan selepas itu RM12 setiap bulan. Saya sedang belajar samada barangan untuk jualan kat Malaysia dan barangan untuk jualan kat USA, adakah sesuai di'simpan' dalam store yang sama di ebay.com.my ataupun lebih baik dibuka store berbeza di ebay.com. SIFU-LAN akan menganjurkan seminar ebay pada 19-Apri-09 di Shah Alam. Saya harap agar berkesampatan menghadirinya. Beliau akan terangkan dengan lebih lanjut pasal store.

Alamat stor saya adalah seperti berikut ---> http://stores.ebay.com.my/harizhakimi

Sunday, April 5, 2009

BENGKEL WEBSITE

Salam sejahtera sahabatku,

Adakah anda bercita-cita untuk menjalankan perniagaan Internet?

Namun terbantut kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakannya?

Adakah anda juga telah banyak membaca ebook, belanja habis-habisan membeli berbagai-bagai panduan tapi masih tak berjaya menghasilkan
perniagaan Internet anda sendiri?

Belajarlah dari guru yang sedia membimbing anda dari mula sampai akhir.

BUKANnya Guru Yahya!

Dengan belajar dari guru anda mampu membina perniagaan Internet dengan tangan anda sendiri!

Sebenarnya anda perlu mencari seorang guru. Selagi anda belum menjumpai guru... maka selagi itulah masalah anda tidak akan selesai.

Tapi... pastikan guru yang anda cari benar-benar berpengalaman dan betul-betul menjalankan perniagaan Internet sebenar.

Saturday, April 4, 2009

RADIX FRIED CHICKEN, ALOR SETAR



Saya telah cuba merasai ayam goreng, fries, 'coffee shake' di Radix Fried Chicken (RFC) pada petang 28/3/09 di Alor Setar, bersama Syed (ex NIDEM LOG). Ramai betul pelanggan pada masa tu (Syed kata sentiasa ramai pelanggan). Harga makanan bagi saya lebih kurang harga KFC. Bila sampai 'turn' saya, agak terkejut bila ditanya ' encik nak 'original' atau 'crispy'', bunyi macam kat KFC. Macam juga kat KFC, saya 'order' 'original'. Ada juga disediakan pilihan ayam goreng organik, tapi saya 'order' yang biasa aja. 'Coffee shake' tu sangat sedap, mungkin kerana HPA dah 'expert' dengan kopi Radix. Ada juga pilihan untuk kanak-kanak bersama hadiah alat permainan. Cuma saya rasa RFC kena 'improve' lagi bahagian '5S' kebersihan lantai--> mungkin dalam proses pencucian kerana terlalu ramai pelanggan dan diluar hunjan. Walau apapun kita kena sokong RFC dan selamat maju jaya kepada RFC. Kalau dah ada buka cawangan kat Lembah Kelang, saya akan bawa keluarga kat sana.

Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Najib (NMM LOG) kerana mempromosikan RFC kepada saya.

Wednesday, April 1, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

Nota: Saya dapat e-mail ini dari seorang kawan pada 1/April/09. Saya pernah membacanya beberapa tahun lalu. Saya sertakan di sini untuk dijadikan iktibar bersama.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang ..

Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR UUM


COB = College of Business.
MBA tu di bawah pengurusan College of Business


Tugu Peringatan Sintok
Maaf ya tak sempat nak siasat lagi apakah yang diperingati sebenarnya


Bangunan Chanselori

Tak sempat amabil banyak gambar. Maklumlah badan keletihan, panas dan juga pada hari konvo hujan pula lebat. Saya pun tak sempat jumpa pensyarah-pensyarah. Saya sangat suka kedai yang menjual souvenir universiti, ada pelbagai jenis barang menarik untuk dijadikan hadiah (setaraf atau lebih lebih dari universiti saya dulu semasa 'undergraduate'). Cuma tak dapat beli T-Shirt kerana tak jumpa saiz yang sesuai.