Saturday, April 25, 2009

CERMIN KERETA KENA PECAH

Cermin kereta saya kena pecah (bahagian depan penumpang) semasa isteri 'parking' di kedai Saujana Puchong untuk membeli barangan dapur pada 13/3/09. Dia tertinggal handphone. Handphone tu taklah mahal tapi maklumat dalam tu yang mahal. Alhamdulillah anak saya berada bersama ibunya dan bukannya ditinggalkan didalam kereta. Kat sini terutamanya kat stesen Petronas, saya selalu nampak orang tinggalkan kereta tanpa matikan enjin (tiada orang dalam kereta atau ada kanak-kanak atau orang tua) untuk membayar duit pam atau pergi ke ATM. Kita kena lebih berhati-hati. Cermin tersebut dah ditukar pada 18/4/09 di kedai belakang TESCO Puchong. Harganya termasuk kos pemasangan RM110.


Sedang tukar cermin kereta (pekedai beritahu ramai orang kena pecah kereta termasuk yang ternampak duit syiling)

No comments: