Saturday, April 4, 2009

RADIX FRIED CHICKEN, ALOR SETAR



Saya telah cuba merasai ayam goreng, fries, 'coffee shake' di Radix Fried Chicken (RFC) pada petang 28/3/09 di Alor Setar, bersama Syed (ex NIDEM LOG). Ramai betul pelanggan pada masa tu (Syed kata sentiasa ramai pelanggan). Harga makanan bagi saya lebih kurang harga KFC. Bila sampai 'turn' saya, agak terkejut bila ditanya ' encik nak 'original' atau 'crispy'', bunyi macam kat KFC. Macam juga kat KFC, saya 'order' 'original'. Ada juga disediakan pilihan ayam goreng organik, tapi saya 'order' yang biasa aja. 'Coffee shake' tu sangat sedap, mungkin kerana HPA dah 'expert' dengan kopi Radix. Ada juga pilihan untuk kanak-kanak bersama hadiah alat permainan. Cuma saya rasa RFC kena 'improve' lagi bahagian '5S' kebersihan lantai--> mungkin dalam proses pencucian kerana terlalu ramai pelanggan dan diluar hunjan. Walau apapun kita kena sokong RFC dan selamat maju jaya kepada RFC. Kalau dah ada buka cawangan kat Lembah Kelang, saya akan bawa keluarga kat sana.

Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada Najib (NMM LOG) kerana mempromosikan RFC kepada saya.

1 comment:

UIVIAR said...

huhu...tak pernah cuba lagi.teringin nak makan...dah ada alternatif en.lepas ni leh ajak keluarga makan rfc memandangkan ayah saya sensitif sikit bab2 makanan nih.tapi selepas munculnya RFC insya allah dijamin halal dan selamat.:D skrg dah berapa cawangan ?