Friday, February 13, 2009
PENGURUSAN JENAZAH
Sebelum cuti Chinese New Year (Jan'09) lepas, ramai ahli keluarga sebelah isteri say datang ke KL dari Kota Bharu, termasuk adik ipar saya yang membawa bersamanya pembantu rumah Indonesia (bibik). Bibik selalu mengadu sakit perut dan minta kebenaran berehat. Satu malam tu isteri saya bersama adiknya membawa Bibik ke klinik di Bandar Puteri, Puchong. Doktor dapati keadaannya agak tenat dan Bibik dibawa menaiki ambulan ke Hospital Serdang (isteri saya menemaninya di dalam ambulan). Selain kesakitan, Bibik memohon maaf kerana katanya dia banyak menyusahkan orang. Di hospital, Bibik terus dimasukkan ke bahagian kecemasan. Isteri saya dan adiknya di suruh pulang dulu. Setelah pulang ke rumah, beberapa jam kemudian, kami menerima pangilan dari pihak hospital menyatakan Bibik telah pulang ke rahmatullah (semuga rohnya diberkati Allah, Al-Fatihah). Kami membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong dan juga berjumpa dengan pegawai polis di Pondok Polis Hospital Serdang. Keadan agak sedikit kelam kabut kerana Bibik mungkin masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah. Kami dipanggil untuk pengesahan mayat di Hospital Serdang dan juga sessi soal siasat bersama Pegawai Penyiasat (polis) dan pakar foreksik hospital. Seterusnya kami dapat menghubungi kelurga bibik di Indonesia. Mereka meminta jasa baik kami menghantar jenazah ke Indonesia. Bibik ada keluarga di sana termasuk 2 orang anak. Pihak hospital telah memperkenal kepada kami sebuah syarikat yang menguruskan penghantaran jenazah ke luar negara termasuk Indonesia. ............servis termasuk mendapat surat mati, surat kebenaran dari kedutaan Indonesia, pengurusan jenazah (mengikut cara Islam), booking flight dsb. Ianya mengambil masa beberapa hari kerana cuti CNY dan juga pihak hospital agak sibuk dengan kes Kugan. Saya sempat mengikuti sembahyang jenazah dan juga kemasukan jenazah ke dalam kotak jenazah khas (cop mohor dari Jabatan Kesihatan) .......... Jenazah telah selamat sampai di lapangan terbang Jogjakarta dan ditanam di kampungnya................
Friday, February 6, 2009
PROJEK RENOVASI RUMAH IV
Rumah jiran sebagaimana pada 6/Feb/09. Pagar dah dipasang. Dah hampir dua bulan, tuan rumah belum boleh masuk lagi.
Pandangan depan rumah saya pada 6/Feb/09. Atap dah hampir siap cuma siling belum pasang, masa hujan tak bocor lagi. Anak atap pun dah siap. Katanya tukang rumah nak tampal sedikit ukiran kayu. Nantilah tengok kemudian. Balkoni pun dah ditampal dengan bata sebahagiannya. Pintu dan tingkap dah dipasang di belakang. Tapi pintu belum dicat & belum dibubuh kunci. Mungkin awal minggu depan akan dipasang tile di bahagian depan.
'LISTING' DI EBAY.COM
Saya buat penyenaraian yang pertama di ebay.com (US) pada 1 Feb'09. Ianya merupakan kad 'departmental store' MONTGOMERY WARD. Rujukan kepada iklan berikut di ebay:
Description (revised) Seller assumes all responsibility for listing this item.
Item Specifics
Industry : retail establishments
Item: MONTGOMERY WARD departmental store membership card
Owner: ABDUL ISMAIL (from Malaysia)
Card #: 632 883 420
The card is on good condition.
I've been keeping this card since 1989. I was in US from 1988 to 1990.
I collect plastic cards including membership cards, phone cards etc.
I would like to offer this card for sales to any card collector.
Shipping
I will ship by 1st class air mail.
I'm not responsible for any import fees or taxes imposed by your country
Payment
PayPal is the only accepted form of payment
Harga yang ditawarkan bermula dari US $ 2.
Alhamdulillah pada 6/Feb saya dapati ada seorang Mat Saleh bidding.
Thursday, February 5, 2009
PROJEK RENOVASI RUMAH III
pandangan bahagian depan pada 29 Jan 09: dalam proses menyiapkan struktur atap porch baru
pandangan depan pada 1 Feb 09: pemasangan atap gentian
Nampaknya projek ni agak perlahan. Demikianlah komen jiran dan juga anak-anak kami. Lama juga nak menyiapkan atap, jadi kami kurang selesa terutamanya bila hujan, habis basah di lantai (susah nak jemur pakaian dan letak kasut/selipar). Pekerja-pekerja selalunya bila cuti hari Ahad akan sambung cuti pada hari Isnin, ataupun datang kerja selepas tengahari Isnin. Projek di belakang runah nampak ditinggalkan buat sementara waktu (pintu dan tingkap baru untuk belakang dah dibeli). Bahagian balkoni rumah akan dibuat selepas disiapkan porch dan tile. Pagar di order di Kelantan oleh Fadil (adik isteri).
Tuesday, January 27, 2009
KENANGAN DI FAYETTEVILLE, ARKANSAS
(Graduate Walk di University of Arkansas, Fayetteville, Arkansas, US)
(gambar Old Main)
Nama saya telah diukir pada Graduate Walk. Gambar ini diambil oleh Dr Roslan bekas pelajar UOA (sekarang prof di UKM). Beliau berada di US sejak akhir tahun 2008 dan meletakkan gambar-gambar UOA dan Fayetteville di www.fayetteville2009.blogspot.com. Terima kasih Dr Roslan. Saya belajar di UOA dari Aug'98 hingga Dec'00.
Manakala bangunan Old Main, semasa saya belajar dulu, ianya dipagar kerana di bawah projek renovasi. Saya juga tidak berkesempatan memasuki bangunan tersebut. Sekarang ni mungkin bangunan tersebut telah digunakan semula.
PROJEK RENOVASI RUMAH II
(pandangan belakang rumah pada 11-Jan-09: sedikit 'extension' di bahagian dapur)
(pandangan depan rumah pada 12-Jan-09: tong sampah baru, pagar batu)
(pandangan depan rumah pada 26-Jan-09: struktur untuk porch baru)
Saya telah berurusan dengan 'runner' untuk membuat pelan renovasi rumah dan seterusnya mendapatkan permit dari MPSJ sejak 25-Dis-08. Jumlah harga keseluruhannya ialah RM2000 - termasuk deposit tong sampah IWK (RM500 untuk 2 trip tong yang kecil), upah lukis pelan dan tandatangan arkitek (lebih kurang RM900), bayaran kepada MBSJ, upah runner dan lain-lain. Permit telah diperolehi pada 22-Jan-09 (hampir sebulan juga keseluruhan proses termasuk melukis pelan).
Untuk projek renovasi rumah, telah dimulakan sejak 8-Jan-09 secara kecil-kecilan dahulu memandangkan rumah jiran pun belum siap & permit belum dapat.
Sunday, December 21, 2008
ALPHA LIPID
.jpg)
Hari ini 22/Dis/08, ibu mertua (Maa) saya memperkenal produk Alpha-Lipid kerana saya. Dia membancuh satu gelas untuk saya untuk diminum sebelum breakfast. Bapa mertua (abah) saya dah minum 10 tin. Beliau nampak lebik segar dan bertenaga. Maa berikan kepada saya setengah tin untuk dicuba. Maa beli di Kota Bharu dengar harga RM150. Harga biasa RM180 setin. Untuk website yang meceritakan pasal produk ini, rujuk kepada www.alpha-lipid.com (saya jumpa melalui Tranungkite.net). Saya akan mencuba produk ini sampai habis setengah tin dan memberi feedback dari masa ke semasa. Terima kasih Maa.
Pada 14/Jan/09, saya mebeli setin Alpha-Lipid melalui Lelong.com dengan harga tawaran RM150 + RM8 kos penghantaran. Saya telah menerimanya pada 15/Jan/08. Kat eBay pun dah ada orang jual dengan harga minima RM170 (selepas tawar menawar).
Subscribe to:
Posts (Atom)