Tuesday, October 28, 2008

KEDAI BUKU DAN MAJALAH TERPAKAI

Pada 27/Okt/08 saya terjumpa kedai buku dan majalah terpakai yang baru dibuka di Taman Sri Muda. Tuan punya kedai baru berpindah dari Ipoh. Kedai ini dikenali Novel Hut. Saya membeli majalah Readers Digest terpakai RM21 untuk dijual di ebay (RM1 @ untuk keluaran 2000 & 2001). Saya singgah lagi pada 28/Okt/08 untuk membeli Readers Digest dll.

PUASA SYAWAL

Alhamdulillah hari ini 28/Okt/08 cukup 6 hari puasa bulan Syawal. Semoga diberkati Allah. Puasa sebulan bulan Ramadan + 6 hari bulan Syawal = puasa sepanjang tahun.

Sunday, October 26, 2008

KENANGAN DI MRSMKB: HARI PENDAFTARAN

Rujuk gambar lama di atas. Diambil semasa hari pendaftran pada Jan 1981. Masa tu ada abang kat MRSMKB di tingkatan dua. Arwah ayah sedang meminpin adik (Satar). Di belakang (tangan dalam poket baju) adalah Ghafar. Kelihatan juga arwah nenek (Mok) memimpin arwah adik Rashidah. Di belakang sekali emak (dikenali Mek) mendukung seorang lagi adik (mungkin Azizah).

HOBI MENGUMPUL SAMPUL SURAT HARI PERTAMA & SURAT LAMA



Surat-surat lama (bersama setem lama) tak banyak. Saya pernah beli kat Central Market KL. Sampul surat hari pertama kebanyakan yang pernah dikumpul semasa sekolah menengah. Saya ada juga simpan koleksi luar negara terutamanya Asia Tenggara spt. Thailand, Indonesia & Brunei Sekarang ni dah jarang beli. Satu hari nanti saya akan 'list' sebahagiannya di ebay.

RUMAH TERBUKA

Hari raya selama 30 hari. Ramai orang mengadakan rumah terbuka terutamanya pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Hari ini 26/Okt/08 kami sekeluarga melawat beberapa tempat atau rumah.

i) Surau terbuka di SP8 - tak sempat pergi

ii) Kenduri Cikgu Ija (guru tadika Hakimi) kat Jenderam Hilir, Dengkil. Jumpa beberapa orang Saujana Puchong kat sana. Ingatkan sesat tapi Alhamdulillah tidak. Rumahnya traditional tapi menarik.

iii) Rumah terbuka kat rumah adik di Selayang sempena 'menyambut' menantu lelaki. Ada macam2 makanan seperti nasi dagang (kegemaran), nasi himpit, laksa Kelantan dll. Sempat jumpa adik2 yang lain, anak2 Ayah Tar (Mahnu-Azhan, Zana) dan penduduk tempatan. Sempat gunting rambut kat Selayang (tukang gunting 'favourite'). Hari ini juga kali pertama kami gunakan Highway Putrajaya KL.

iii) Rumah terbuka kawan di Saujana Puchong (530pm ke 11pm). Kami datang hampir 9pm. Meriahnya. Saya dah tak larat nak makan lagi - cuma makan sedikit kuih & buah.

Nampaknya besok pagi kena 'senaman' buang kalori.

27/Okt/08
i) Rumah terbuka Azhan-Mahnu di perumahan komplek kakatangan kerajaan, Jalan Duta, KL. Blok C, tingkat 3.

ii) Rumah abg Nor di Selayang.

Thursday, October 23, 2008

KENANGAN DI USA: SALAM DARI PELAJAR

Selamat hari raya dari pelajar-pelajar Malaysia di University of Arkansas, Fayetville. Rujuk kepada Utusan Malaysia bertarikh 12/April/1990. Boleh teka mana satu saya?

HOBI MENGUMPUL DUIT KERTAS: LAMA & BARU




Gambar pertama: Duit 'pisang' semasa Jepun memerintah Malaysia
Gambar kedua & ketiga: Duit kenang-kenangan Elvis Presley & Disney Dollars (hanya laku kat Walt Disney)

Jenis-jenis duit kertas yang dikumpul:
-Duit pelbagai negara yang digunakan sekarang
-Duit pelbgai negara yang tidak digunakan lagi (duit lama)
-Duit kenang-kenangan

E-BAY

I joined ebay since 11/Jul/08.

i) My latest experience was there was a new ebayer (pickabookkb) clicked to buy 15 of my items (books) totaling around RM110 including delivery charge. Normally the buyer should ask or negotiate terms before clicking to buy. After clicking to buy is considered sold. After clicking she asked for discount of delivery charge. I offered her a discount of RM5 (to me, my price is too cheap already). She said my delivery charge was too high and refused to buy or pay at all. I accepted as part of experience. But, I have to report to ebay, unless I have to pay to ebay. It took me almost 1 hour to report every single item as unpaid and to relist every one.

ii) I found out that most sellers in ebay are honest. They will give rating or feedback to every buyer (at least I get the feedback from every seller that I'm dealing with). Buyers on that other hand, some of them don't like to give feedback (I have several buyers already who still don't give feedback to me, might be some of them don't want to remain active in ebay).

iii) I use ebay, lelong.com and physical stores to compare price for things that I want to buy especially 'expensive' items like digital camera, handphone etc. I have purchased 2 units of handphones through ebay (after serious comparison). I also purchased 1 unit of digital camera outside ebay (at physical store) for my sister (she asked me to buy). For the particular digital camera, I can get better package at physical store.

iv) I got a negative comment from a buy: 'Book of lies, nasty words written , very unsuitable to be sold' (Buyer: amrie81 ( 1 ), Nov 03, 2008 20:27)

My reply (appeared under his feedback): Very unfair negative feedback. You have not paid & I have not delivered the good

Product:KOLEKSI BUKU2 DSAI: ANWAR KEMBALI BERKUASA (#250318625267) RM 10.00

I complained this matter to ebay & I filed the following (sent to buyer as well for his consideration to review his feedback)

The comment given might be meant for the book content itself & not for my business attitude. Moreover, the buyer has not paid for the book & I have not delivered it. The comment should not be given for the book content itself which is very unfair. I do not control the book content but I can control the book condition. I hope the buyer cannot give feedback until payment settled. If the buyer does not agree with the content of the book, he or she can choose not to buy and not to give negative comment.

Additional comment in this blog: It is very unfair to comment on the book content, as we can see in ebay, it is free enterprise, there are people listing books on religion (can we give negative feedback to someone else of different religion based on his product listing? and books on gay (ex in ebay Australia - if we don't practise gay, it is also not fair to give negative feedback to those selling gay products - it is up to ebay if such products could not be listed in ebay)

There was no reply from him. Later on I filed a claim to ebay management & I was glad to inform that ebay accepted my claim and the negative comment was removed on 7/Oct/08. Following is the reply from ebay:

Hello,

Thank you for contacting us regarding the feedback that was left on your
feedback profile. This is Jenny and I am more than happy to assist you
further.

I can see why you are disappointed with this transaction and I honestly
believe that you don't deserve the negating rating that was left in your
profile.

After review of the comment in question, we have found that the
requirements for removal have been met. The feedback will be removed in
accordance with our Feedback Removal Policy found at:

http://pages.ebay.com.my/help/policies/feedback-abuse-withdrawal.html

Due to system updating, your feedback score may not reflect this removal
for 24 hours.

I am happy to have been of some assistance to you in this matter. If you
need further assistance, please don't hesitate to reply to this email
and let us know. Have a great eBay day!

Regards,

Jenny S.
eBay Southeast Asia Trust & Safety

Wednesday, October 22, 2008

HOBI MENGUMPUL KAD PLASTIK


Saya mula mengumpul kad2 bank sejak tahun 1987. Semasa belajar di USA, saya banyak mengumpul kad2 departmental store, stesen minyak & juga pelbagai kad kredit (banyak juga disumbangkan oleh kawan-kawan). Setelah balik ke Malaysia pada tahun 1991, saya mula mengumpul pelbagai kad telepon seperti Unifon, Citifon, dsb. Saya juga banyak mengumpul kad telepon dari pelbagai negara spt. Singapura, Indonesia, Jepun, negara-negara Eropah dsb. Saya banyak membeli kad terpakai di Central Market, KL. Setelah kad prepaid (handphone) diperkenalkan di Malaysia, saya juga mula mengumpulnya (DIGI, CELCOM, MAXIS).
Saya pernah buat pameran koleksi kad semasa kursus Train The Trainer pada Jun/Jul'08

LOG DEPT 'OPEN HOUSE'

Hari ini (22/10/08) LOG dept mengadakan 'open house' semasa lunchtime. Ramai 'staff' menyediakan makanan. Saya meyediakan 2 biji kek.

Tuesday, October 21, 2008

KENANGAN DI MRSMKB: KAD KELUAR MAKTAB


Setiap kali nak ke bandar (hujung minggu) atau balik kampung semasa cuti mesti dapatkan kebenaran dari warden.

KENANGAN DI MRSMKB: BANK KOPERASI



Saya belajar di MRSMKB dari tahun 1981 ke 1985

Gambar di atas adalah buku Bank Koperasi saya - macam buku bank BSN dulu. Saya masih ada baki RM3 sejak tahun 1983. Saya juga pernah menjadi 'pegawai' bank tersebut. Biasanya urusniaga wang seringgit, lima ringgit & sepuluh ringgit aja.

Monday, October 20, 2008

KENANGAN DI USA: BODY BUILDING

Dulu saya sangat minat body-building. Pergi 'gym' 3X seminggu dan bila masuk kelas tertidur keletihan. Makan weight gainer 'Joe Weider'. Gambar kartun di atas dilakarkan tahun 1989 di Universal Studio.

KENANGAN DI USA: KERETA


Kereta kedua saya di USA adalah Chevrolet Camaro 3.5 Automatik (macam orang kaya). Saya beli solo dengan harga USD 1500 dari pelajar senior (saya dah lupa macam mana saya bayar). Masa itu kat USA minyak sangat murah tak sampai pun USD 2 per gelen (bukan per liter). Saya terpaksa bekerja part-time di dewan makan untuk memelihara kereta sport ini. Saya jual kepada junior saya tak sampai pun USD 1000 dan kalau tak silap dia tak bayar habis pun. Tak apalah saya dah lupakan segalanya.

KENANGAN DI USA: KERETA


Saya belajar di University of Arkansas, USA dari 1987 ke 1990. Kereta saya yang pertama adalah Chevrolet Malibu. Kami berpakat tiga orang (harganya kalau saya tak silap cuma US$ 800 - tukaran matawang US$ 1 = RM 2.50). Kami beli dari pelajar senior. Di kalangan kami bertiga, saya adalah yang pertama berjaya mendapat lesen memandu dan menjadi pemandu utama. Di Arkansas, kami mendapatkan lesen memandu dari balai polis aja (bukan 'JPJ'). Kereta ini tak sempat dijual, kami cuma tinggalkan kat 'parking lot' sebagai besi buruk setelah sekian lama diiklankan .

LOVE FOR NATIONAL CAR



My very first national car was Proton Saga 1.5 manual DS 465. I used it from 1992 to 1996. I bought it for RM25,000 (used car) and sold it for around RM14,000.

My second national car was Proton Wira 1.6 automatik DX 4142. I 'bought' it from my father in law. I used it from 1996 to 2001. I returned it back to my father in-law in 2001. Currently it is being used by my brother in-law with new face makeup and different plat number

MOK


Inilah wajah arwah nenek saya. Dia meninggal dunia sekitar 2003-2004. Saya dibesarkan oleh nenek (panggilannya 'Mok'). Bagi saya Mok adalah 'jutawan senyap'. Alfatihah kepada Mok

Saturday, October 18, 2008

HOBI MENGUMPUL SIJIL



Satu daripada hobi ialah mengumpul sijil. Anak-anak saya juga gemar mengumpul sijil. Mereka telah bermula dengan sijil tadika dan sekolah rendah. Saya menggalakkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran sekolah termasuk lawatan & perkhemahan ibadah. Saya tidak ada sebarang sijil semasa sekolah rendah. Saya mula mengumpul sijil semasa sekolah menengah. Di antara sijil-sijil saya:

i) Semasa sekolah menengah (MRSM) spt sijil persatuan, ketua bilik, SRP, SPM

ii) Semasa universiti spt. sijil keahlian, degree, anugerah cemerlang

iii) Semasa bekerja pelbagai sijil kehadiran kursus-kursus 'external training' melibatkan pengetahuan kerja, 'management skills' etc.

iv) Sijil-sijil yang dikumpul selain waktu kerja seperti sijil 'larian', sijil ESQ, NLP, dsb.

KELAS MBA : UUM KAMPUS KL

Hari ini saya daftar kelas MBA (semestar akhir dari Okt'08 ke Feb'09)
1. Corporate Finance
2. International Business

Semestar lepas (Jun'08 ke Sep'08) saya 'cuti' kerana 'clashed' dengan tugasan pejabat dan juga kursus-kursus persendirian lain.

Subjek-subjek berikut telah diambil sejak Oct'06:
1. Enterpreneur Development
2. Strategic Management
3. Economics For Manager
4. Decision Analysis
5. Accounting for Managers
6. Human Resource Management
7. Marketing
8. Communication For Managers
9. IT for Managers
10. Operation Management
11. Organizational Behaviour
12. Legal & Ethics

Sunday, October 12, 2008

HOBI MENGUMPUL PEMBALUT HADIAH

Satu daripada hobi saya ialah mengumpul kertas pembalut hadiah yang unik. Ianya mungkin berbunyi pelik. Saya tidak berapa ingat bagaimana saya mulakan hobi ini tapi saya dah mula mengumpul sejak awal tahun 90'an. Biasanya kalau kami berkunjung ke pasaraya atau pusat membeli belah saya akan tengok kertas pembalut hadiah. Di antara koleksi yang agak menarik:

i) Mancis
ii) Biskut
iii) Donut
iv) Duit kertas dunia
v) Setem dunia
vi) Tin minuman yang dikemekkan
vii) Buku
viii) Poskad
dan lain-lain.

Sebahagiannya telah digunakan oleh anak perempuan saya untuk membalut hadiah. Biasanya kertas pembalut hadiah yang unik harganya mahal sedikit dari kertas pembalut hadiah yang biasa. Kertas pembalut hadiah akan dilipatkan dan dimasukkan ke dalam fail.

Saturday, October 11, 2008

PENTERNAKAN KAMBING BIRI-BIRI


Mertua saya memelihara kambing di belakang rumahnya di Kelantan (2 kandang). Biasanya setiap petang, kambing-kambing akan dibawa keluar dari kandang untuk 'bersiar-siar'. Saya dapat merasakan kambing-kambing akan gelisah jika tidak dapat keluar kandang. Tahi kambing juga dikumpul untuk dijadikan baja (ada pembeli atau peminat). Bulu kambing juga diketam bila panjang.

CAT RUMAH DIY

Alhamdulillah kami sekeluarga mengecat rumah (ruangan tamu) pada hari Sabtu 10/Okt/08. Idea ini datang dari isteri saya memandangkan projek untuk 'rennovate' rumah sudah lama tertangguh. Kami memilih cat berwarna hijau muda dan kuning muda yang mudah untuk dicuci apabila diconteng. Dinding ruangan tamu rumah kami sememangnya adalah seumpama buku besar untuk anak saya yang paling kecil meluahkan perasaan atau bakatnya. Lihat gambar, anak yang kecil juga membantu (sebenarnya mengacau abang/kakaknya). Saya juga mengambil peluang mengecat balik sebahagian 'grill' besi.

Friday, October 10, 2008

DIGITAL HAJI & UMRAH

Digital Haji & Umrah

Assalamualaikum w.b.t,

Saudara/Saudari yang dikasihi,

Masalah terlupa atau sukar untuk menghafal niat/doa/zikir pada setiap rukun-rukun haji & umrah sentiasa menghantui para jamaah. Walaupun para jamaah telah menghadiri beberapa siri kursus/kelas pengajian haji & umrah, masalah ini tetap menghantui mereka.

Umumnya kita mengetahui yang menjadi kewajipan atau rukun haji/umrah ini adalah niat dan perbuatan-perbuatannya. Namun doa-doa dan juga zikir-zikir berkenaan adalah pelengkap kepada setiap rukun perbuatan haji/umrah.

Banyak faktor yang menyebabkan jemaah sering terlupa atau tiba-tiba jadi 'kosong (blank)' semasa mengerjakan rukun-rukun haji/umrah. Doa-doa dan zikir-zikir yang sebelum ini dihafal dengan baik sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, tiba-tiba hilang dari ingatan. Dan kita akan mula ragu-ragu samada kerja haji/umrah yang kita lakukan itu telah sempurna atau tidak.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami telah memperkenalkan peralatan yang dinamakan GAJET DIGITAL HAJI & UMRAH.

Gajet ini amat praktikal digunakan oleh para jemaah samada sebelum dan semasa mengerjakan haji/umrah.

Ciri-ciri alat ini adalah:
  • Audio bacaan niat/doa/zikir untuk setiap rukun haji & umrah

  • Kualiti suara bacaan yang jelas dan mudah diikuti samada untuk pembelajaran ataupun penghafalan

  • Bacaan dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam bahasa Melayu

  • Tombol bergambar mewakili setiap rukun haji/umrah

  • Hanya tekan tombol untuk mendengar bacaan doa/zikir bagi rukun yang dipilih

  • Menggunakan fon telinga dan tali gantungan leher disediakan

  • Saiznya yang kecil & ringan mudah dibawa ke mana-mana (95mm x 60mm x 15mm, 50gm)

  • Menggunakan bateri AAA x 3 biji

  • Amat praktikal. Sesuai untuk semua golongan, kanak-kanak dan dewasa.

  • Jaminan produk 1 tahun
Malaysia RM110.00 (ada disenaraikan di eBay)

Wednesday, October 8, 2008

FAMILY ALBUM

My family album taken on first day raya (1/Oct/08)

PERJALANAN PULANG DARI KB KE PUCHONG

Kami bertolak dari KB pukul 5 pagi 5/Okt/08 (hajat nak bertolak jam 3 pagi tapi keluarga belum sedia). Perjalanan agak lancar dan kami berhenti solat subuh dan isi minyak di Kuala Krai. Jalan mula 'jam' dari Peria, Kuala Krai. Kami tak sempat berhenti di kawasan rehat sebelum Gua Musang kerana terlalu banyak kereta berhenti. Kami melalui jalan alternatif Felda Sg Koyan demi mengelak 'jam' di laluan biasa (kami dapat berita dari yang bertolak lebih awal). Kami berhenti makan di Bentong dan seterusnya mengisi minyak di Petronas Highway Karak. Kami terpaksa beratur panjang untuk isi minyak dan juga bayar tol. Kami sampai di Puchong hampir 5 petang (total 12 jam). Kami mendapat berita orang yang bertolak dari KB selepas subuh ada yang mengambil masa 16 jam.

SAMAN PARKING

Isteri saya kena saman kerana tak bayar parking di Puchong Prima pada 15/Sep/08 (Isnin). Ianya merupakan kali pertama isteri saya ke Puchong Prima pada hari bekerja. Biasanya kami cuma ke sana pada hujung minggu jadi tak pernah perasan pasal bayaran parking. Saya mengambil sikap positif terhadap saman ini. Saya bersyukur kepada tuhan di atas 'ujian' ini & tuhan mungkin menguji dengan 'ujian' yang lebih besar jika kita tidak belajar dari 'ujian' kecil. Saman tersebut bernilai RM80 dan saya telah menjelaskannya di MPSJ seminggu kemudian dan mendapat tawaran 50% diskaun. Saya juga berpeluang mengenali MPSJ dan kawasan sekitarnya.

Monday, October 6, 2008

RUMAH RAKIT DI KELANTAN



Gambar pertama: Rumah rakit di Kota Bharu (mungkin rumah rakit terakhir yang aktif di Kota Bharu)
Gambar kedua: Anak saya (Harith) dan adik ipar saya (Waliyudin) di depan rumah rakit.
Gambar diambil semasa perkawinan adik ipar (Eyus) pada 3/Okt/08. Rumah rakit ini kepunyaan bapa mertua pengantin perempuan

DIGITAL QURAN SEBAGAI HANTARAN KAHWIN


Ianya mungkin 'trend' baru. Biasanya Al-Quran biasa dijadikan hantaran kahwin tetapi kini Al-Quran Digital mula dijadikan hantaran kahwin (perkahwinan adik ipar saya pada 4/Okt/08)

Friday, October 3, 2008

MENGINGATI MATI


Kubur ayah dan nenek (ibu kepada emak saya) di Bukit Merbau. Mereka ditanam berdekatan. Kubur adik saya di Ketereh (meninggal dunia pada tahun 2004 ketika berumur 31 tahun)

SEJARAH: RUMAH KELAHIRAN


Saya dilahirkan di Kampung Bukit Merbau pada tarikh 9 Nov, 1968. Rumah tempat kelahiran saya cuma tinggal tangga. Rumah lama telah runtuh (secara 'natural' atau diruntuhkan) dan sebahagian dari peralatannya seperti pintu, dinding dsb digunakan oleh emak saya untuk membina rumah baru beberapa meter di depan rumah lama (lebih dekat dengan jiran tetangga).