Sunday, December 21, 2008

PASAR BUKU DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Saya melawat Pasar Buku di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 21/12/08. Sebenarnya ia adalah kali pertama lawatan saya ke PNM, namun saya tak sempat melawat ke tempat pinjaman buku. Saya biasanya melawat perpustakaan negeri Selangor di Shah Alam.

Mengenai Pasar Buku, sebenarnya tak banyak syarikat yang menyertainya. Saya mengambil kesempatan membeli buku-buku keluaran Edu System (RM2 @ - 14 buah) dan buku-buku novel DBP terbitan terdahulu (RM1 ke RM3 @). Jummlah keseluruhannya adalah RM81. Saya akan menjual kebanyakan buku tersebut di eBay.

Di antara buku-buku yang saya beli dan akan disimpan / dibaca kembali:

-Buku-buku tulisan Dr H.M.Tuah dengan DBP (kali pertama saya tengok). Saya dah baca hampir kesemua novel-novel beliau dengan Alaf 21. --> Pedamaran Penan (1991) & Nanga Begajai (1991)



-Novel-novel 'Tragedi Empat Disember' (1978), 'Peristiwa DI Padang Karbala' (1982), dan 'Anak Warisan Zaman' (1979), telah saya miliki dan baca semasa saya di sekolah rendah atau awal sekolah menengah. Saya pernah mencari di mana buku-buku saya yang lama tapi tak dapat dijumpai


Berikut saya sertakan berita Pasar Buku di Harian Metro;

Pasar Buku di PNM
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
SUMBER: HARIAN METRO 20/12/08


RASMI...Raslin (tengah) dan Abdul Ghani (kanan) ketika merasmikan Pasar Buku di Perpustakaan Negara, semalam.
RASMI...Raslin (tengah) dan Abdul Ghani (kanan) ketika
merasmikan Pasar Buku di Perpustakaan Negara, semalam.

KUALA LUMPUR: Buku serendah RM1 ditawarkan sempena Pasar Buku di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jalan Tun Abdul Razak, selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Pelbagai jenis buku dijual dengan potongan harga antara 10 hingga 70 peratus bagi pelbagai buku yang ditawarkan.

Ketua Pengarah Perpustaaan Negara Malaysia (PNM), Raslin Abu Bakar, berkata pelbagai jenis buku, daripada novel sehingga autobiografi, buku masakan, ekonomi dan keagamaan disediakan khusus bagi memenuhi keperluan pembaca daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu beliau mengingatkan penerbit buku tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata, malah sama-sama turun padang untuk menggalakkan amalan membaca di negara ini.

No comments: