Saturday, December 13, 2008

RAYA HAJI





Raya Haji jatuh pada 8/Dis/08. Tahun ini kali pertama saya berkorban bersama bapa mertua (abah) di Kota Bharu. Kebiasaannya saya berkorban satu bahagian lembu bersama adik beradik di Bukit Merbau.

Selepas solat raya, abah sembelih dua ekor lembu korban. Lembu pertama dibeli oleh keluarga seorang doktor (pakar jantung) kenalan abah. Lembu kedua dikongsi oleh:
i)Haji Zahari ex RTM
ii)Ayah Long (saudara kembar abah)
iii)Adik kepada Ilyas
iv) Saya
v) Jiran abah
vi) Abah
vii) Abah
Harga sebahagian adalah RM275. Kalau di Shah Alam atau Kuala Lumpur biasanya RM350 sebahagian lembu. Kami bergotong royong melapah daging.

Manakala korban di Bukit Merbau diadakan pada hari raya ke 2. Tahun ni abang saya (Aziz) korban seekor lembu.
i) Sebahagian diberi kepada penyembelih
ii)Sebahagian diberi kepada pelapah
iii)Sebahagian diberi kepada seorang adik untuk akikah
Empat bahagian lagi untuk dibuat jamuan dan disedekah kepada orang yang memerlukan.

No comments: